17 March 2011

Apa itu Tugboat???

Tugboat???mesti ada yang tak tau apa maksud dan function tugboat kan....




Tugboat is a boat that maneuvers vessels by pushing or towing them. Tugboats are powerful for their size and strongly built; some are ocean-going. Kalau dulu tugboat guna steam engines jer untuk jana kuasa, tapi sekarang dah guna diesel engines. Tambahan pula, tugboats pun ada bahan-bahan pemadam api semasa kebakaran...kira nya macam bomba kat harbour atau dekat-dekat port la tu. tapi bukan kat darat yer.....

Kalau korang nak tau, sekiranya takda tugboat kat port apa yang akan terjadi??? secara logik nya, kapal-kapal tak boleh masuk. tapi kenapa pulak kan? bukan kah kapal-kapal tersebut apa Captain yang berpengalaman dan ada Pilot yang akan membantu kapal tersebut. Takkan lah  diorg tak terror lagi kan?haaaa.......meh cne nak citer.

Seperti yang dicerita kan di atas, tugboat fungsi nya menarik dan menolak kapal. Keadaan ini kerap berlaku apabila kapal tersebut ingin masuk ke sesebuah port. Tugboat akan beroperasi dengan kerjasama yang erat dengan Pilot yang berada di kapal tersebut. Selalunya, sekurang-kurangnya 2 buah tugboat akan membantu kapal-kapal ini tetapi bergantung kepada saiz kapal yang terlibat. Kalau kapal-kapal besar mungkin 4 tugboat diperlukan.

So, jangan la pandang rendah kat tugboat ne. Walaupun nampak kecil, tapi pengorbanan mereka amat besar. Kapal-kapal tak boleh nak masuk dengan lancar, port pun akan kerugian, dah tak dapat masuk maksud nya kita pun takkan dapat barang keperluan harian.....

"Tugboat Crews, Thank YOU very much"


*citer tugboat ne untuk yang kat port aje ye...xtmsuk yg tarik barge ngn platform

Pencil says, "Eraser, i'm sorry" =(



Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil:
I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake,
you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you
lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser:
That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I
was made to help you whenever you do something wrong. Even though one
day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm
actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you
sad. :)



----------------

Are you the eraser or the pencil?

14 January 2011

Kisah Ayam dan Lembu


Ayam: Manusia ni memang pentingkan diri sendiri,,,

Lembu: Kenapa kau kata macam tu?,,

Ayam: Tengoklah, apa mereka buat kat aku?,,

Lembu: Hah!!,,buat apa pulak?,,,

Ayam: Aku ni bertelur hari-hari, aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor, bak kata orang ada juga waris aku bila dah xde nanti, tapi manusia ni memang tak berhati perut, hari-hari diorang makan telur aku, macam mana aku nak ada anak?,,

Lembu: Alah!!,,kau punya masalah kecil jer ayam!,,,,,

Ayam: ??,,,maksud kau lembu?,,,,

Lembu: Aku ni kalau nak difikirkan nasib aku lebih malang dari kau,rasa nak bunuh diri pun ada, kau bayangkanlah, hari-hari manusia minum susu aku, tak kira kecil, besar, lelaki dan pompuan,,semua minum susu aku,,tapi sorang pun xpernah panggil aku MAK!!,,bertapa kecewanya aku ayam,,,,

Ayam: ??,,(dalam hati: tak boleh pakai punya lembu?),,

T-Shirt Special Untuk Student UMT

Jom pakat ramai-ramai tengok baju T-Shirt terbaru jualan untuk pelajar UMT. Macam-macam design ada, kalo berminat boleh "pm" inbox saya kat Facebook ye.klik je kat link Philo87 .

Edisi Terbaru dari Red Apple Design
Harga: Rm 28 (lengan pendek)
Rm 30 (lengan panjang)
Deposit: RM10
Delivery: 45 hari

*wlpun deposit Rm10,kalo nak byr hbs pun bole jg. 
p/s: Color hitam/putih saja



Suitable For All Student


 
Special For FST Student


Special For FPE Student


Special For FASM Student



Special For FMSM Student


Suitable For All Student



 Suitable For All Student

13 January 2011

Sungai Yang Aneh


Akhbar Kosmo harini ada menebitkan sebuah artikel mengenai misteri sungai berwarna hijau di Ottawa, Canada. 

Sungai Goldstream di Kanada yang mengalir melalui bandar Langford di British Columbia bertukar menjadi warna hijau. Seorang jurufoto yang mengembara di tebing sungai tersebut untuk merakamkan gambar burung helang, Tyson Elder sempat merakamkan gambar sungai itu yang berwarna hijau pada 29 Disember lalu.

Bahan pewarna hijau itu tidak menyebabkan kematian ikan dan ia bertukar semula kepada warna asal dalam tempoh sejam. Para penyiasat pada mulanya menyalahkan satu bahan organik yang digunakan sebagai pencelup sebagai punca kejadian itu. Namun, semasa kejadian, tiada ujian dilakukan untuk menguji sistem air di kawasan tersebut dengan menggunakan bahan pencelup hijau.


Gambar yang ini pula di ambil oleh seorang fotografer yang mengabadikan sebuah momen peristiwa yang jarang terjadi, sebuah air terjun dan sungai yang jernih mendadak berubah warna menjadi merah seperti sup tomato.

Rochelle Coffey memperhatikan perubahan warna air dari jernih menjadi merah hanya dalam waktu 2 jam. Ibu dua anak ini sedang mengunjungi Air terjun Cameron, di Alberta, Canada bersama suaminya. Dia telah biasa mengambil gambar di sungai tersebut selama enam tahun.

Namun dalam perjalanan terakhir ini, seakan dia tidak percaya yang dia lihat, warna sungai berubah warna menjadi merah kecoklatan.Fenomena tersebut disebabkan akibat tingginya curah hujan sehingga mengikis sedimen berwarna merah yang disebut argolite dan membawanya dari bebatuan ke air.
Danau Waterton, tempat dimana air terjun terdapat, mempunyai batu sedimen tertua di perbatuan Canada, yang berusia 1.500 tahun lalu.


Artikel ini pula di ambil melalu weblog rakan saya iaitu Jacky mengenai sebatang sungai dari Sumatera Selatan, Indonesia yang mengalirkan warna merah.

Tasik berkenaan terletak di kawasan hutan berbukit Raje Mandare di sempadan Kota Pagar Alam dan Daerah Kaur, wilayah Bengkulu yang terkenal dengan banyak peninggalan bersejarah, termasuk candi.

"Anehnya, walaupun permukaan tasik ini merah, airnya pula jernih ketika dicedok keluar dengan menggunakan tapak tangan," kata orang yang menemui sungai ini.

Selain tasik merah, hutan Raje Mandare turut menampilkan keganjilan lain termasuk spesies haiwan raksasa seperti lipan sepanjang 50 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm serta burung raksaksa selain kerbau-kerbau yang mempunyai sarang lebah pada telinganya.


12 January 2011

Tokek/ Gikgo/ Cicak Kokgo Semakin Popular



"TOKEK adalah sejenis reptil kecil untuk penyebutan lain dari “Cecak” yang berukuran besar. Tokek, merupakan cecak besar, berkepala besar, berkulit kasar dengan bentuk bintil besar-besar. Pada umumnya berwarna dasar abu-abu kebiruan atau abu-abu kehijauan dan ada yang agak kecoklat-coklatan dengan bintik-bintik berwarna merah bata atau bintik-bintik kekuning-kuningan. Bentuk pangkal ekor ada yang membulat dan ada yang berbentuk persegi, kebagian ujung akan bulat memanjang. Bagian ekor berwarna belang-belang dengan beberapa baris bintil-bintil berwarna sesuai warna bagian tubuh lainnya. Tokek juga ada yang berwarna putih susu atau kuning polos (albino), bahkan ada yang berwarna dasar hitam polos atau belang hitam putih."

Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek. Rasanya Tokek ni dah lagi popular dari Cicak-man.ahahaha~~~
Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang beribu harga seekor (bergantung kepada berat). Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.
Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia. Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah. Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.
Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan. Sebuah fakta baru dalam dunia pengubatan ilmiah/bukan magic bahawa ternyata kokgo mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian hempedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. Zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat mencegah pertumbuhan kanser/metastasis sel kanser, melawan HIV dan H1N1 viral.
30GM-249GM   = RM5K
250GM-279GM = RM15K
280GM-299GM = RM30K
300GM-499GM = RM130K-RM300K
500GM-999GM = RM1-RM5 JUTA
1 KG KE ATAS  = RM6-RM50 JUTA

Naik juling mata aku tengok harga ne~~~ kang xpasal ada plak yang berbunuhan sesama sendiri semata-mata nak rebut Tokek ne kerana nak cepat kaya. Ne boleh mengalahkan skim cepat kaya...huhuhu.

p/s: Ayah aku pun pernah try gak cari Tokek ne kat rumah-rumah panjang. tapi payah nak jumpa~~kalo jumpa kaya la kot!! duit pinjaman PTPTN aku terus langsaikan  =P

Istimewanya Pasar Serikin

               

SEBUT sahaja tempat membeli-belah yang menawarkan pelbagai barangan pada harga berpatutan di Sarawak, pasti lokasi pertama terlintas di minda kita ialah pekan Serikin di daerah Bau. Mungkin orang-orang Semenanjung belum mengenali pekan Serikin ini. Disini saya ingin menerangkan sedikit tentang keistimewaan pekan ini yang di anggap sebagai pusat beli belah sempadan yang juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang wajid dilawati di Sarawak.
Serikin terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan dan jarak perjalanan dari bandar Kuching memakan masa dari satu jam hingga sejam setengah. Kata orang, rugi kalau tak ke Pasar Serikin, kerana barang-barang dari Sarawak dan Indonesia boleh didapati dengan murah di situ. Contohnya, kain pua kumbu Sarawak, batik sarung, tikar sarawak, barangan kristal dan mutiara, kelengkapan sembahyang, barangan kulit dan banyak lagi.
Kalau di Semenanjung Malaysia, Serikin boleh disamakan dengan Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Padang Besar, Rantau Panjang atau Langkawi. Bagaimanapun mempunyai konsep kedai yang sama, barang dijual adalah unik dan tidak sama berbanding dengan pasar sempadan di Semanjung Malaysia. Bagi yang pernah ke pasar sama di Semenanjung Malaysia dan ke Serikin pasti tahu perbezaannya.
Sementara para peniaganya hampir 70 peratus adalah dari negara jiran, Indonesia selebihnya penduduk tempatan yang majoritinya menjual minuman dan makanan.
Pasar Serikin dibuka hanya pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad dari seawal jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang namun ramai yang memilih datang lebih awal kerana enggan dipanah cahaya matahari atau tidak mahu bersesak dengan orang ramai.

Walaupun terletak di sempadan negara, aspek keselamatan di Pasar Serikin tidak boleh diragui, selain sebuah kem ten-tera dibina tidak jauh dari pasar itu, kawalan agensi penguat-kuasaan lain seperti Pasukan Gerak Am (PGA) sentiasa di-pertingkatkan dari semasa ke semasa. Jadi para pelancong tak perlulah risau. Jarang didengari kat sini ada rusuhan yang melibatkan kedua buah negeri ini (Sarawak dan Kalimantan).
Menyebut potensi Pasar Serikin yang terletak kira-kira 30 km dari pekan Bau dari aspek perniagaan dan pelancongan di negeri ini, ramai mengakui ia mempunyai masa depan cerah. Salah satu daripada faktornya ialah Pasar Serikin terletak berhampiran dengan beberapa destinasi pelancongan popular di daerah Bau seperti Tasik Bi-ru, Gua Angin dan Gua Farry.

Justeru orang yang datang ke Bau akan berasa lawatan mereka tidak lengkap tanpa pergi ke Pasar Serikin. Jadi apa lagi?? Kalau pergi ke Kuching, jangan lupa melawat Pekan Serikin ya....saya percaya pasti anda ingin pergi lagi selepas itu......

~~~SARAWAK MORE THAN A PARADISE~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...