Akhbar Kosmo harini ada menebitkan sebuah artikel mengenai misteri sungai berwarna hijau di Ottawa, Canada.
Sungai Goldstream di Kanada yang mengalir melalui bandar Langford di British Columbia bertukar menjadi warna hijau. Seorang jurufoto yang mengembara di tebing sungai tersebut untuk merakamkan gambar burung helang, Tyson Elder sempat merakamkan gambar sungai itu yang berwarna hijau pada 29 Disember lalu.
Bahan pewarna hijau itu tidak menyebabkan kematian ikan dan ia bertukar semula kepada warna asal dalam tempoh sejam. Para penyiasat pada mulanya menyalahkan satu bahan organik yang digunakan sebagai pencelup sebagai punca kejadian itu. Namun, semasa kejadian, tiada ujian dilakukan untuk menguji sistem air di kawasan tersebut dengan menggunakan bahan pencelup hijau.
Gambar yang ini pula di ambil oleh seorang fotografer yang mengabadikan sebuah momen peristiwa yang jarang terjadi, sebuah air terjun dan sungai yang jernih mendadak berubah warna menjadi merah seperti sup tomato.
Rochelle Coffey memperhatikan perubahan warna air dari jernih menjadi merah hanya dalam waktu 2 jam. Ibu dua anak ini sedang mengunjungi Air terjun Cameron, di Alberta, Canada bersama suaminya. Dia telah biasa mengambil gambar di sungai tersebut selama enam tahun.
Namun dalam perjalanan terakhir ini, seakan dia tidak percaya yang dia lihat, warna sungai berubah warna menjadi merah kecoklatan.Fenomena tersebut disebabkan akibat tingginya curah hujan sehingga mengikis sedimen berwarna merah yang disebut argolite dan membawanya dari bebatuan ke air.
Danau Waterton, tempat dimana air terjun terdapat, mempunyai batu sedimen tertua di perbatuan Canada, yang berusia 1.500 tahun lalu.
Artikel ini pula di ambil melalu weblog rakan saya iaitu Jacky mengenai sebatang sungai dari Sumatera Selatan, Indonesia yang mengalirkan warna merah.
Tasik berkenaan terletak di kawasan hutan berbukit Raje Mandare di sempadan Kota Pagar Alam dan Daerah Kaur, wilayah Bengkulu yang terkenal dengan banyak peninggalan bersejarah, termasuk candi.
"Anehnya, walaupun permukaan tasik ini merah, airnya pula jernih ketika dicedok keluar dengan menggunakan tapak tangan," kata orang yang menemui sungai ini.
Selain tasik merah, hutan Raje Mandare turut menampilkan keganjilan lain termasuk spesies haiwan raksasa seperti lipan sepanjang 50 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm serta burung raksaksa selain kerbau-kerbau yang mempunyai sarang lebah pada telinganya.
woooo.... best best... mandi mest best..
ReplyDeletebrani plak nak mandi sungai gne ek...ehehe
ReplyDelete