24 January 2010

DILEMMA LATIHAN INDUSTRI




erm....tgh sem ni aku kena g training ka luar.bermula 19 April 2010 hingga 19 July 2010. pening kepala dibuat nya.yang memeningkan kepala tu adalah arah tuju tempat training tersebut. keinginan hati ini ingin buat jer kat sarawak.bukannya apa, kalau kat sarawak dah dekat dgn rumah.lagipun shipping company kat sana pun berlambak terutamanya kat bahagian miri. tambahan pula kalau bulan Jun kat sarawak kan ada sambutan Hari Gawai...tu yang paling best.dah tu pilih je la kat sarawak...nak dilemma apa pulak kan!!
yang menjadi permasalahan nya sekarang ni adalah ketiadaan saudara mara di bahagian miri tersebut. paling jauh yang dibenarkan oleh keluarga adalah setakat bintulu sahaja, tu pun kat Bintulu Port.

Tapi yang paling menarik minat saya adalah sebuah syarikat terkemuka iaitu Alam Maritim. tak tahu kenapa hati saya rasa tertarik sangat dengan syarikat tersebut. saya rasa kali ini saya berusaha keras untuk mendapatkan tempat latihan di syarikat tersebut. kalau tak mendapat tempat di syarikat tersebut, agak terkilan juga la hati saya ini. moga-moga saya mendapat tempat ke syarikat itu..amen.


Antara tempat lain yang menjadi pilihan adalah Anjang Shipping, Bumi Armada shipping, Shin yang shipping..yang ni kesemua nya adalah terletak di Miri. kalau di semenanjung rasanya pilihan banyak di Kemaman Supply Base. kalini saya berusaha, tapi Tuhan akan menentukan segalanya....dari pengalaman ini lah saya akan cuba menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...