02 March 2010

Iban Sarawak

Apa yang anda tahu tentang masyarakat Iban di Sarawak? banyak masyarakat luar tidak tahu tentang asal usul, budaya, pertuturan dan adat-adat yang dijalankan oleh masyarakat ini. umumnya, masyarakat luar hanya menyedari kewujudan kaum ini melalui pembelajaran di sekolah-sekolah dengan memperkenalkan kaum-kaum minoriti yang wujud di Sabah dan Sarawak. kalau di semenanjung malaysia kaum Melayu merupakan komuniti terbesar, di Sabah kita ada kaum Kadazan dan begitu juga di Sarawak di pelopori oleh masyarakat kaum Iban.


Kita bermula dengan sejarah kewujudan kaum ini di Sarawak. secara umumnya, masyarakat Iban dikatakan berasal dari satu daerah kecil di Kalimantan, Indonesia. namun, ada juga ura-ura mengatakan bahawa Iban sebenarnya berasal daripada Myanmar yang membawa diri ke Indonesia seterusnya ke Sarawak. pada zaman dahulu, masyarakat Iban cukup dikenali kerana kepahlawanannya, keberanian dan kekejaman terhadap musuh dan dikenali sebagai "Headhunter". ini adalah kerana sebagai tanda kemenangan terhadap pihak musuh, ketua pahlawanan tersebut hendaklah membawa pulang kepala musuh tersebut dan kepala tersebut akan digantung di rumah panjang. cerita kepahlawanan ini boleh kita dengar melalui cerita-cerita orang- orang tua, dan pada zaman sekarang "Sarawak Culture Village" pernah melakonkan semula cerita sebegini kepada orang awam yang datang berkunjung ke situ. Masyarakat Iban lagi didedahkan lagi dengan sejarah-sejarah pahlawan-pahlawan dan tokoh-tokoh terkenal seperti Keling, Rentap dan Tun Jugah.


Masyarakat Iban mengamalkan pelbagai perayaan dan tradisi. antaranya adalah perayaan Hari Gawai yang diraikan pada 1 Jun setiap tahun oleh golongan masyarakat Dayak sebagai tanda keberkatan dan kesyukuran terhadap penanaman padi. selain itu di antara perayaan lain adalah Gawai Antu, Gawai Burung, dan Gawai Lelabi. oleh kerana kebanyakan masyarakat Iban menganuti agama Kristian, mereka juga menyambut perayaan Hari Krimas.

Tradisi masyarakat Iban selalunya terletak pada tarian, pakaian, makanan dan minuman. masyarakat Iban dikenali dengan tarian "Ngajat" iaitu tarian kepahlawanan. pakaian yang di pakai oleh kaum wanita adalah "Ngepan" manakala untuk kaum lelaki adalah "Sirat" dan tak ketinggalan dengan pua kumbu. minuman yang paling dikenali sekali adalah Tuak. sudah pasti ramai yang tahu...kalau di semenanjung malaysia ia dikenali dengan nama air Tapai.

Pada zaman sekarang dunia sudah berubah mengikut peredaran zaman. kalau dahulunya masyarakat Iban kebanyakannya tinggal di Rumah Panjang, sekarang ramai yang keluar untuk mencari rezeki. bahkan ada yang pergi belajar ke luar negara dan ini membuktikan masyarakat Iban setanding dengan kaum-kaum yang lain di Malaysia ini.



9 comments:

  1. D c gambar kti iban ngena pakaian tradisional iban kah??

    ReplyDelete
  2. ndai ku...eehehe
    ma deh?ka meda gmbr ku ngena nya piok??ekekeke

    ReplyDelete
  3. ngarap ke mayuh agi bala blogger2x kitai iban ngaga blog jako iban ambi ke bisi nyadi ke chunto

    ReplyDelete
  4. ukai ngai ngna jaku iban...tp jaku iban ku nda pass...lg nyau baka ngemalu ke bangsa diri ga..ekeke

    ReplyDelete
  5. thnks bagi info yg berguna.....

    ReplyDelete
  6. muzik manah maggang wai laban aku medak ke kaset nadai nemu muzik manah tok.

    ReplyDelete
  7. Best..rindu ku macha info kitai Iban sarawak.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..nak tanya cara kahwin masyarakat iban dgn melayu

    And

    Perayaan yg disambut masyarakat iban di semenanjung

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..nak tanya cara kahwin masyarakat iban dgn melayu

    And

    Perayaan yg disambut masyarakat iban di semenanjung

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...