Kisah ini rasanya buat kali pertama saya dengar terjadi di Sarawak...xtau la samada negeri lain pun pernah terjadi. Bila terbaca surat khabar online dari Borneo Post, saya terkejut dengan berita utama akhbar tersebut. Sebuah kapal terbang dari salah sebuah syarikat penerbangan terkemuka Malaysia telah tergelincir sewaktu hendak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching mlm td (10/1/2011).
Punca yang dikenalpasti adalah kerana lorong pendaratan yang terlalu licin atau angin yang kuat. Pada masa tersebut juga cuaca di bahagian kuching sedang mengalami hujan yang lebat.....sebanyak 100 penumpang berada di dalam pesawat dan 4 daripada nya tidak sihat. Tiada sebarang kecelakaan di khabarkan.
Adoiiii.....rasa fobia la plak bila terbaca berita sebegini. Harap masa akan datang berita seperti ini tidak terpampang di dada akhbar sekali lagi.
*sumber: http://www.theborneopost.com/?p=86109
haha ......must love airasia....
ReplyDeleteeheehhe...hope it will not happen again
ReplyDelete