26 February 2013

Kesan Kafein Terhadap Wanita Mengandung


Sifat kafein yang merangsang dan diuretik mengakibatkan kenaikan tekanan darah dan kadar pergerakan jantung serta kekerapan untuk kencing. 

Atas daripada kesan sedemikian, wanita yang sedang hamil tidak digalakkan untuk mengambil jumlah kafein yang didapati dalam kopi, teh, minuman berkarbonat dan juga coklat dalam jumlah berlebihan. 

Menurut beberapa kajian, jumlah kafein yang selamat diambil adalah sebanyak 200mg sehari yang bersamaan dengan dua gelas kopi, dua gelas teh, enam tin Coca Cola atau empat bar coklat 50 gram. Wanita yang mengambil lebih dari 300mg kafein mempunyai risiko yang lebih tinggi dalam melahirkan bayi yang berat badannya kurang 100-200g berbanding dengan wanita lain yang mengambil kafein dalam jumlah kecil atau tidak mengambil langsung. 

Kesan sampingan yang diakibatkan oleh jumlah yang lebih daripada 200mg termasuklah keguguran, kelahiran bayi yang kurang berat badan serta masalah reproduksi yang lain. Demi mengelakkan masalah tersebut dari berlaku, adalah lebih baik sekiranya anda tidak mengambil sebarang kafein dalam tempoh 9 bulan tersebut.


sumber petikan

06 February 2013

Kanak-kanak sembilan tahun lahir anak di Mexico


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam.
"Kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri," kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.
Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu.
Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks.
Bayi itu dilahirkan pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan.
Berat bayi itu ialah 2.7 kilogram.
Kanak-kanak perempuan tersebut bersama anaknya perempuannya dibenarkan keluar dari hospital itu pada hujung minggu lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...