Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

06 February 2013

Kanak-kanak sembilan tahun lahir anak di Mexico


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam.
"Kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri," kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.
Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu.
Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks.
Bayi itu dilahirkan pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan.
Berat bayi itu ialah 2.7 kilogram.
Kanak-kanak perempuan tersebut bersama anaknya perempuannya dibenarkan keluar dari hospital itu pada hujung minggu lalu.

10 January 2013

FAKTA!! : Buaya Pengganas di Sarawak.

INFO:

Terdapat dua jenis buaya di Malaysia iaitu:
  • Buaya tembaga (Crocodylus Porosus) yang turut dikenali sebagai buaya katak, buaya muara dan buaya air masin. Panjangnya melebihi tujuh meter (23 kaki). Boleh menghasilkan 60 - 80 biji telur dalam satu masa.
  • Buaya julung-julung (Tomistorma Schlegelli). Panjangnya melebihi empat meter (13 kaki). Boleh menghasilkan 20 - 60 biji telur dalam satu masa.
  • Buaya di Sungai Sarawak kebanyakannya daripada spesies Crocodylus Porosus atau lebih dikenali buaya katak yang biasanya boleh hidup di kawasan air tawar dan air masin.
  • Buaya katak berukuran empat hingga enam meter panjang, mempunyai jalur putih di belakang badannya dan dikatakan berumur lebih 50 tahun serta bermaharajalela di Sungai Batang Lupar sejak 1941.
  • Penduduk tempatan Sarawak mendakwa Bujang Senang bersaiz 30 meter dengan keseluruhan badan berwarna putih.
  • Buaya jantan dewasa berukuran lima meter panjang, namun terdapat buaya yang panjangnya melebihi enam hingga tujuh meter dengan berat antara 1,500 hingga 2,500 kilogram.
  • Buaya betina bersaiz lebih kecil berbanding buaya jantan dengan purata ukuran panjangnya antara dua hingga tiga meter.
  • Dikatakan, di kalangan manusia yang menjadi mangsa Bujang Senang, tidak ada seorang pun daripada kaum Bidayuh kerana adanya perjanjian antara sang bedal dengan keturunan kaum Bidayuh.
  • Pada 1980-an, masyarakat di negeri ini pernah gempar dengan kejadian seekor buaya ganas bergelar ‘Bujang Senang’ yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak menyerang dan membaham beberapa mangsa.
  • Sekitar 1982 sehingga 1991, reptilia sepanjang tujuh meter itu membaham 13 penduduk kampung. Selepas membunuh mangsa yang ke-14, haiwan itu dibunuh pemburu berbangsa Iban dan anggota polis.
  • Serangan buaya di Sungai Batang Lupar sering dikaitkan dengan Bujang Senang sehinggalah reptilia itu dibunuh pada 22 Mei 1992.


    Kes serangan buaya di Sarawak (2012)

    Miri: Disember 2012

    Murid tahun lima, Jerrey Apat Angsa, 11, menjadi korban serangan buaya ketika mandi di Sungai Tajan, Suai, Niah. Dalam kejadian itu, kelibat mangsa langsung tidak kelihatan sebaik terjun ke dalam sungai. Mayat mangsa dijumpai terapung empat kilometer dari tempat kejadian dengan kecederaan di paha akibat gigitan buaya.

    Santubong: November 2012

    Dalam kejadian jam 6 petang, Mohamad Azlan Marzuki, 20, dari Kampung Haji Mat Taib, Kuching mengalami pendarahan teruk di bahagian kaki kanan selepas dipercayai digigit buaya ketika mandi di Pantai Pasir Panjang. Dia yang menyangka buaya itu adalah sebatang kayu, tiba-tiba digigit namun berjaya melepaskan diri dengan menyepak kepala buaya itu.

    Kuching: Ogos 2012

    Seorang buruh binaan warga Indonesia yang sedang membuang air besar nyaris maut dibaham buaya di bawah jambatan merentasi Sungai Sarawak berdekatan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

    Pai, 32, dari Pulau Jawa berkata, secara tiba-tiba buaya sepanjang lebih dua meter menyambar pinggangnya dari belakang dan berjaya melepaskan diri dengan menumbuk sekuat hati mata haiwan berkenaan.

    Kuching: Ogos 2012

    Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong, mengalami luka di kedua-dua paha akibat dibaham buaya air masin ketika mandi di pantai Pasir Pandak sempena cuti sambutan Aidilfitri.

    Ashley Austin Chin, 14, terselamat selepas menumbuk mata serta badan buaya yang sepanjang lebih tiga meter.

    Betong: Julai 2012

    Selepas tiga hari operasi pencarian dilakukan, akhirnya mayat Derahman Chali, 55, ditemui dalam keadaan mengerikan apabila kepala mangsa hampir putus dan hanya tinggal bahagian kiri badan manakala bahagian kanan dari paras bahu ke bawah termasuk tangan kanan serta kaki kanan, hilang.

    Mayat warga emas ini yang ditemui di seberang Sungai Kampung Medang, Spaoh iaitu 20 kilometer dari tempat kejadian, disambar Bujang Saribas ketika membasuh tangan di Sungai Saribas di Beladin.

    Saratok: Jun 2012

    Kasih mendalam terhadap isteri menyebabkan Embol Asum, 43, sanggup bergadai nyawa bergelut dengan buaya sepanjang enam meter selama hampir 10 minit bagi membebaskan isterinya yang dibaham reptilia itu di Sungai Anak, Roban.

    Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila isterinya, Siah Munsong, 42, ditarik haiwan itu ke tengah sungai. Mayat isterinya ditemui tersangkut pada jaring dalam keadaan sempurna dengan kesan luka akibat digigit buaya.

    Serian: Mei 2012

    Detik sukar ditempuhi seorang pesakit mental apabila terpaksa bertarung dengan buaya selama 15 minit ketika mandi di Sungai Batang Sadong. Ngundi Saga, 43, dari Kampung Spaoh Jawey, Gedong ke sungai itu untuk mandi di sungai yang terletak 50 meter dari rumahnya. Meskipun kaki kirinya digigit buaya, dia berjaya melepaskan diri dengan menumbuk mata buaya itu.

    Miri: Februari 2012

    Millie Nueh, 36, terselamat daripada maut selepas bergelut dan menendang mata buaya yang menyeretnya sejauh dua meter ke tengah sungai. Buaya sepanjang lebih tiga meter itu muncul di Sungai Kebara, Batu Niah dan menggigit kaki kanannya sewaktu dia mandi jam 6.30 pagi.
  • 27 December 2012

    Hukuman Paling Sadis di Dunia



    Hukuman mati dengan cara di potong-potong tubuhnya merupakan hukuman paling sadis dan kejam yang pernah ada di dunia ini. Hukuman ini pernah dilaksanakan pada zaman Dinasti Manchu (1644-1912) dikenali dengan nama Ling Chi iaitu hukuman mati yang diberikan kepada seseorang yang melanggar hukuman sangat berat.

    Ling Chi merupakan hukuman paling sadis yang pernah ada di dunia, kerana pesalah yang dihukum mati akan diikat di tiang kayu di depan orang ramai, lalu bahagian tubuhnya dihiris satu per satu, dan pesalah dibiarkan hidup dalam proses ini buat beberapa waktu.

    Biasanya hukuman mati ini akan di laksanakan selama 3 hari jadi dalam waktu 3 hari ini pesalah akan merasai penderitaan yang sangat menyakitkan akibat daripada luka pada potongan-potongan tubuhnya.
    Namun dalam beberapa jam pesalah sudah mati, maka pelaksana hukuman mati (eksekutor) juga akan dihukum mati.

    Namun bukan sebarangan orang akan menerima hukuman mati dengan cara ini, hanya mereka yang melanggar hukuman berat yang akan dihukum mati dengan cara ini sebagai contoh membunuh keluarga kerajaan 

    p/s:sumber dari petikan

    26 December 2012

    Lelaki Bangsat !!!!!


    Seorang gadis berusia 20-an yang cuba bunuh diri dikaunseling oleh Dr. FAIZUL (BUKAN NAMA SEBENAR), seorang doktor pakar jiwa.. Gadis : “Doktor, saya tidak mahu hidup lagi sebab saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya menggelarnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggilnya seperti itu.”
    Doktor : “Hmm. Panggilan itu memang hinaan yang agak melampau batas untuk seseorang. Tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memanggilnya demikian.
    Ceritakanlah kepada saya agar saya dapat membantu..”
    Gadis : “Ya memang ada. Pada satu malam kami berduaan dalam kereta di tepi pantai. Dia pegang tangan saya.”
    Doktor : “Dia pegang tangan kamu seperti ini?”
    Dr Faizul memegang tangan wanita tersebut sebagai contoh.
    Gadis : “Ya. seperti yang doktor lakukan.”
    Doktor : “Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia digelar bangsat. Itu tandanya dia tidak mahu berpisah dgn kamu.”
    Gadis : “Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya.”
    Doktor : “Dia lakukan seperti inikah?”
    Gadis : “Ya. Seperti inilah dia peluk saya, doktor..”
    Doktor : “Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mahu sentiasa berdampingan dgn kamu”
    Gadis : “Kemudian dia cium saya.”
    Doktor : “Dia cium kamu seperti ini ?”
    Gadis : “Ya. Ciumannya sama seperti yang doktor lakukan.”
    Doktor : “Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil
    bangsat, itu tandanya dia sayang kamu, kan ?”
    Gadis : “Kemudian dia memasukkan tangannya kedalam baju saya dan meraba-raba saya doktor..”
    Doktor : “Dia lakukan seperti ini kah?”
    Gadis : “Ya doktor”
    Doktor : “Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mahu membelai diri kamu..”
    Gadis : “Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu..”
    Doktor : “Adakah kamu membantah tindakannya? ”
    Gadis : “Tidak, saya merelakannya sebab saya sayangkan dia..”
    Doktor : “Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini?”
    Gadis : “Ya, sampai saya takde seurat benang pun, seperti sekarang inilah doktor..”
    Doktor : “Itu tak patut dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu sepenuhnya..”
    Gadis : “Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan seks dengan saya..”
    (selepas seketika…. )
    Doktor : “Dia lakukan seperti yang kita lakukan tadi kah?”
    Gadis : “Ya. Memang itulah yang dia lakukan ketika itu”
    Doktor : “Hmm, itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu kan??”
    Gadis : “Tapi kemudian dia bagitahu saya bahawa dia ada HIV positif”
    Doktor : “HAH… HHH. I .VVVV ?? DIA.. MEMANG … BANGSAT!!.. BANGSAAATTT!!!.. LELAKI BAANGSAAAATTT!!!. CIPANAT..!!

    23 December 2012

    Doktor Penggugur Janin

    Kisah ini adalah tentang pengalaman seorang doktor yang sering menggugurkan kandungan bagi pasangan yang mengandungkan anak luar nikah. Tindakannya itu sebagai seorang doktor telah menyebabkan dirinya diselebungi ketakutan dan sering didatangi mimpi ngeri. Mimpi berdarah, anak tidak berkepala dan sebagainya. Kita harus tahu bahawa pengguguran janin ini bukan sewenang-wenangnya dilakukan kerana ia boleh jatuh hukum haram. Ikuti kisah di bawah ini.

    DI sebuah bilik yang gelap-gelita saya terkapai-kapai sendirian. Saya cuba mencari-cari arah keluar daripada kegelapan malam itu. Puas mencari akhirnya saya terpandang kilauan cahaya yang datang dari sebuah katil bujang berwarna putih bersih.Saya hampiri cahaya itu namun langkah saya terhenti kerana di hadapan saya ada seorang wanita sedang bermandikan darah duduk sambil melunjurkan kedua-dua belah kakinya. Wanita itu meratap sesuatu lantas saya tertanya-tanya.

    Saya cuba memanggil, malangnya jeritan Saya tidak dihirau oleh wanita itu. Dia terus duduk sambil memerhatikan sesuatu yang berwarna kemerah-merahan.Tiba-tiba suara tangisan wanita itu bergema memenuhi segenap ruang bilik. Saya perhatikan gerak-gerinya, dia memegang sesuatu yang janggal bentuknya. Saya perhatikan lagi, ketulan apakah yang sedang dipegang wanita itu, daging yang berkepala, ada jari-jemari yang halus dan lebih mengejutkan, daging itu juga seolah-olah berkaki.

    Hati saya terus berperang, siapakah dia? Dan kenapa wanita ini berkeadaan seperti itu. Menakutkan! Saya dengar wanita itu menangis lagi kemudian meneran kesakitan.Arrrrrggghhhh!!! Arggggghhhhhh!!!Suaranya semakin membingit telinga ini. Berketul-ketul daging Sebesar penumbuk tersembul keluar dari celahan kangkangnya. Saya tersentak, kenapa dengan wanita ini? Sakitkah dia? Keadaannya sungguh sengsara bagai menanti saat-saat untuk mati.

    Saya termuntah bila melihat wanita itu menarik satu persatu daging yang keluar daripada alat sulitnya. Macam-macam bentuk dan rupa yang keluar. Ada yang berkepala, tetapi tidak berlengan. Ada yang berkaki tetapi kepalanya terputus. Mengerikan. sungguh!Wanita itu meratap lagi, saya turut mengalirkan air mata melihatnya sedang bertarung dengan maut. Saya mesti membantunya, keluarkan dia segera daripada kesengsaraan itu. Lalu kaki ini cuba melangkah merapati tubuh yang penuh sengsara itu.

    Tetapi saya tidak mampu berganjak. Saya cuba gerakkan tangan, mahu saya capai tubuhnya. Pun demikian hajat ini tidak kesampaian. Saya tatap wajah wanita itu, rambutnya yang panjang menutupi muka membuatkan saya sukar melihat wajahnya.Saya menjerit sekuat hati memanggilnya. Wanita tersebut langsung tidak ambil peduli.”Hei kamu!!!” laung saya.Peliknya wanita itu tidak sekali-kali mahu berpaling, dia masih menarik-narik daging merah yang mengerikan. Sambil menangis ketulan-ketulan itu dicampaknya. Katil yang putih itu disimbahi darah pekat, baunya yang meloyakan menusuk-nusuk hulu hati ini.

    Ketika dia berpaling, saya tatap wajahnya. Wajahnya mirip saya. Rambutnya, lengannya dan bentuk tubuhnya serupa tubuh saya. Saya tertanya-tanya sendirian, kenapa saya berada di atas katil itu? Kenapa darah-darah merah itu membasahi tubuh saya? Dan kenapa daging-daging merah itu keluar dari rahim saya?Saya cuba menarik wanita yang persis saya itu. Tapi saya tidak dapat selamatkan diri sendiri dan di saat itu tanpa disedari air mata saya mengalir. Saya menangis dan terus menangis menyaksikan diri sendiri dalam keadaan yang sungguh mengerikan.

    “Tolonggggg! ! ! Tolonggggg! ! !” jerit saya cuba meminta orang datang membantu. Tapi tiada. Tiada, seorang pun yang saya lihat di dalam bilik kecil. itu. Hanya saya dan wanita yang wajahnya mirip saya yang berada di atas katil. Saya meronta-ronta, dan.Tiba-tiba saya tersentak. Tubuh saya basah, bukan basah kerana darah, tapi peluh. Mimpi! Ah… rupa-rupanya saya bermimpi. Mimpi itu sungguh ngeri sekali.

    Sepanjang malam saya menangis, takut menyelubungi seluruh inci dan ruang diri ini. Saya tidak mahu apa yang saya lihat sebentar tadi akan menjadi kenyataan. Saya takut.Saya tidak mahu diri saya ini disakiti seperti mimpi tadi. Bukan saya yang melakukan semua itu. Bukan! Gadis-gadis muda di luar itulah yang menggugurkannya. Mereka yang bunuh janin sendiri, bukan saya. Tetapi… siapa yang melakukannya? Siapa yang menarik janin-janin itu keluar dari rahim mereka?

    Saya gamam, sekali lagi perasaan takut menyelubungi diri ini. Lalu saya renung jari-jemari ini. Saya… sayalah orangnya. Sayalah yang membantu gadis-gadis itu menggugurkan bayi mereka.Perasaan bersalah mula bersarang dalam jiwa. Saya benar-benar rasa diri ini terlalu keji atas apa yang telah dilakukanselama ini. Saya pembunuh! pembunuh!Daging-daging kecil yang saya keluarkan dari rahim sendiri itu adalah sebahagian daripada janin-janin yang saya buang dahulu. Bukan milik saya tapi nyawa-nyawa yang tidak bersalah itu kepunyaan gadis-gadis yang datang menagih bantuan untuk membunuh anak dalam kandungan mereka.

    Ya… saya bersalah! Memang sayalah yang bersalah kerana bersubahat melakukan perbuatan keji itu. Saya kejam terhadap insan yang bernama wanita. Sepatutnya saya bantu mereka, mereka kaum yang lemah sama seperti saya tapi kerana wang saya sanggup meracuni fikiran mereka. Saya suruh mereka bunuh nyawa yang tidak berdosa itu.Saya gunakan kepakaran yang ada pada jalan yang salah, yang merosakkan gadis-gadis muda dan mentah. Betapa berdosanya saya…

    Mengenang apa yang telah saya lakukan selama hampir tiga tahun, air mata saya mengalir deras. Di atas katil saya terus menangis. Saya kesal dengan yang saya lakukan selama ini. Dan saat itu wajah Azimah datang menari-nari di ruang fikiran ini. Antara ratusan gadis yang pernah datang menggugurkan janin mereka, Azimahlah yang paling saya ingat kerana gadis ini kerap datang ke klinik. Saya berdosa padanya, saya paksa gadis itu mengugurkan kandungannya.

    Kata saya; “Kamu mahu bayi ini atau tidak?”Azimah menggeleng. Wajahnya tiada langsung perasaan sedih.”Nah… kalau begitu gugurkan saja.Saya yakinkan gadis itu bahawa segala urusan akan selamat dan selesai, hanya mengambil masa dua jam saja. Setelah gadis itu menandatangani Surat perjanjian, saya mulakan tugas.Jari-jemari inilah yang membius tubuh Azimah dan saya bersama doktor telah bekerjasama membunuh janin itu serta menariknya keluar dari rahim.

    Sejak itu Azimah sering keluar masuk klinik. Bukan sekali, tetapi empat kali berturut-turut wanita itu datang bertemu saya. Ini bermakna empat kali juga hidup gadis ini dijahanamkan oleh kekasihnya yang lepas tangan.Belum ada gadis yang seberani Azimah. Kalau ada pun hanya sekali dua yang datang. Tidak seperti Azimah yang empat kali menggugurkan janinnya.Pada kali kedua Azimah datang ke klinik saya mula bertanya bagaimana dia boleh terlanjur? Dia memberitahu semua itu gara-gara tinggal sebumbung dengan kekasihnya, Haris. Lelaki itulah yang menyuruhnya menggugurkan janin tersebut. Kalau tidak, dia akan tinggalkan Azimah.

    Hanya dua kali saya melihat lelaki itu datang bersama Azimah sewaktu kali pertama pasangan ini menggugurkan bayi mereka. Selepas bayi itu digugurkan, Azimah tinggal serumah dengan Haris lagi.Kali ketiga Azimah datang, saya tanya mana Haris? Gadis itu diam. Apabila saya tanya, tidak sayangkah pada bayi dalam kandungannya itu. Azimah geleng kepala.Dan setelah doktor berjaya menggugurkan bayinya barulah Azimah ceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kata Azimah, Haris salahkan dirinya kerana mengandungkan benihnya itu. Malah Haris juga hayunkan tangannya ke tubuh Azimah.

    Kata wanita itu lagi, Haris marah kerana dia tidak berduit untuk menanggung perbelanjaan menggugurkan bayi. Jadi beberapa kali dia menumbuk perut Azimah, namun bayi itu terus membesar.Mahu tidak mahu Azimah pinjam duit daripada kawan-kawan sepejabat. Cukup RM600 Azimah ke klinik dan sayalah yang menguruskan segala-galanya.Saya simpati melihat Azimah yang datang dengan bibir pecah dan badan lebam sana sini. Saya nasihatkan gadis ini agar tinggalkan sahaja lelaki kejam dan jahanam itu. Kenapa mesti biarkan diri diperlakukan seperti binatang!

    Azimah mengangguk. Dia berjanji mahu mulakan hidup baru tanpa Haris. Saya yang mendengarnya gembira. Saya berdoa agar gadis ini benar-benar sedar dan mengubah haluan hidupnya. Tapi kata-kata Azimah dusta semata-mata. Azimah terus hidup dalam pelukan lelaki kejam itu dan buat kali yang keempat, dia mengandung lagi.Saya terkejut bila melihat gadis ini datang dengan tubuh yang kurus cengkung. Saya jelaskan pada Azimah kesan dan akibatnya;
    “Jangan gugurkan lagi, bahaya.”

    Tapi Azimah menangis, merayu-rayu tetap mahu buang anak dalam perutnya itu. Katanya jika anak itu tidak digugurkan dia akan dibuang kerja dan sudah pasti masa depannya gelap-gelita. Azimah tidak mahu mengecewakan emak dan ayahnya di kampung. Dia juga tidak mahu Haris meninggalkannya terkontang-kanting.

    Akhirnya saya terpaksa akur dengan keputusan Azimah. Saya bius gadis ini dan doktor yang bertugaslah yang menarik janin berusia tiga bulan itu keluar. Ketika Azimah sedar daripada pengsan, saya serahkan janin itu kepadanya. Saya tahu sebagai seorang yang beragama Islam mereka sepatutnya mengebumikan mayat itu.

    Meskipun saya beragama Kristian, saya masih menghormati pesakit beragama Islam. Saya tahu sedangkan binatang pun harus dikebumikan dengan cara yang baik inikan pula anak yang digugurkan.Tapi seperti sebelum ini Azimah menolaknya. Dia menggeletar bila saya berikan bungkusan berisi mayat janinnya.”Buang saja. Saya tidak mahu,” ucapnya terketar-ketar.

    Lalu saya campak saja mayat kecil itu ke dalam tong sampah. Bukan hak saya, jadi tidak perlulah saya menguruskannya.Seperti biasa pada setiap petang puluhan bungkusan janin yang kami gugurkan akan dicampakkan ke dalam sebuah tong besar di lorong kecil belakang klinik.Maka, anjing-anjing liar sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu pun berpesta. Daging-daging itu akan menjadi santapan mereka. Daging berkepala kecil dan berjari halus itu dicarik-carik sebelum diratah berekor-ekor anjing yang ganas.

    Saya menyaksikan sendiri bagaimana anjing-anjing liar menanti bungkusan berisi daging manusia kecil itu dihumban ke dalam tong sampah sebelum mereka menyelongkar dan memakannya.Memang sayalah yang bersalah. Saya bersalah pada kaum Hawa. Saya kejam, sama seperti lelaki yang merosakkan hidup gadis-gadis mentah itu.Pada siapa perlu saya memohon maaf? Pada gadis-gadis yang pernah datang menggugurkan anak? Atau pada Azimah yang kini hidup terumbang-ambing tanpa arah?

    Saya takut sebaik sahaja mengenang apa yang telah saya lakukan. Saya takut mimpi buruk itu akan berulang. Saya tidak mahu melihat diri ini berdarah dan menarik-narik daging yang jijik itu lagi.Lalu saya ambil keputusan untuk meniggalkan alam pekerjaan itu. Saya tidak sanggup melihat lebih ramai lagi gadis yang menjadi mangsa kekejaman lelaki, datang meminta saya menggugurkan bayi mereka. Saya tidak mahu bersubahat.

    Saya juga tidak mahu lebih ramai gadis seperti Azimah yang kecundang di tangan lelaki kejam yang berhati binatang!Cukuplah Azimah seorang yang menderita kerana saya mendapat tahu kini gadis itu hidup sengsara kerana lumpuh separuh badan akibat kerap kali menjalani pengguguran.Seperti yang saya katakan tadi, kami sudah memberi amaran pada Azimah tentang akibat buruk itu kalau dia menggugurkan janinnya buat kali keempat, tapi dia tidak pedulikan. Azimah lebih sayangkah Haris berbanding nyawa dan kesihatannya sendiri. Ternyata amaran kami itu benar-benar menjadi kenyataan.

    Kini di atas kerusi roda, Azimah menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang masih jauh dan panjang. Haris? Lelaki yang telah menjahanamkan hidupnya itu entah ke mana menghilang.Dalam keadaan Azimah memerlukan sokongan dan kasih sayang, Haris lenyap tanpa dapat dikesan. Lelaki itu kejam! Dayus! Lelaki seperti Haris tidak layak hidup di muka bumi ini!

    19 December 2012

    Kisah Seram Di Bukit Putus

    Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

    Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya
    " Apahalnya cik adik malam-malam buta kat sini?
    "Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni... Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??"
    Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu...

    '' Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak. Terkeluar dari mulutnya..''
    Tapi hatinya masih lagi was-was... diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya... seolah-olah takde apa yang berlaku.
    Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni... seorang diri pulak tu...

    Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu... Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika... Tiba-tiba... dia mula merasa seram meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi .Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih... ditambah lagi dengan baju yang dipakainya.. . .

    Dia pun beranikan diri dan bertanya..
    ''kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
    ''ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat... ''
    '' Saya ada kelas yasin... '' jawab perempuan tu
    ''Tapi.. putihnya lain macam aje... tak pernah pulak saya tengoknya ''
    tanya lelaki tu lagi.
    ''Apa yang lain nya... sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??''
    '' Eyea... lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya... ''
    '' Ehh takkan sampai seram... ''



    *credit to: http://www.sioloon.com/t3635-kisah-seram-di-bukit-putus-ns

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...