Hukuman mati dengan cara di
potong-potong tubuhnya merupakan hukuman paling sadis dan kejam yang
pernah ada di dunia ini. Hukuman ini pernah dilaksanakan pada zaman
Dinasti Manchu (1644-1912) dikenali dengan nama Ling Chi iaitu hukuman
mati yang diberikan kepada seseorang yang melanggar hukuman sangat
berat.
Ling Chi merupakan hukuman paling sadis
yang pernah ada di dunia, kerana pesalah yang dihukum mati akan diikat
di tiang kayu di depan orang ramai, lalu bahagian tubuhnya dihiris satu
per satu, dan pesalah dibiarkan hidup dalam proses ini buat beberapa
waktu.
Biasanya hukuman mati ini akan di
laksanakan selama 3 hari jadi dalam waktu 3 hari ini pesalah akan
merasai penderitaan yang sangat menyakitkan akibat daripada luka pada
potongan-potongan tubuhnya.
Namun dalam beberapa jam pesalah sudah mati, maka pelaksana hukuman mati (eksekutor) juga akan dihukum mati.
Namun bukan sebarangan orang akan menerima
hukuman mati dengan cara ini, hanya mereka yang melanggar hukuman berat
yang akan dihukum mati dengan cara ini sebagai contoh membunuh keluarga
kerajaan
p/s:sumber dari petikan
No comments:
Post a Comment