Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya
bang… ! Macam mana ni bang..?"
Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti
emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik
mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang.
Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:
"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang
terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah
malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia
bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke?
Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG
JUGA!"
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh
mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".
No comments:
Post a Comment