Kisah Seram Di Bukit Putus
Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang
bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat)
beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan
kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun
terpaksa berangkat balik ke seremban sendirian walaupun agak lewat
kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan
yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju
putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong.
Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya
" Apahalnya cik adik malam-malam buta kat sini?
"Abang..
tolong lah saya. Kereta saya rosak ni... Puas dah saya tahan kereta
lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai
ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??"
Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu...
'' Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak. Terkeluar dari mulutnya..''
Tapi
hatinya masih lagi was-was... diapun membuka pintu dan mempelawa
perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus
aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas
perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki
tu. Dia cuba tenangkan dirinya... seolah-olah takde apa yang berlaku.
Dia
masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje
membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta
ni... seorang diri pulak tu...
Tapi yang peliknya, hatinya macam
ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu... Padahal, dia tu memanglah
penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa
ketika... Tiba-tiba... dia mula merasa seram meremang bulu roma bila
perempuan tu berbau wangi .Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang
terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak
senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang
bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan
menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam.
Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan
giginya yang putih... ditambah lagi dengan baju yang dipakainya.. . .
Dia pun beranikan diri dan bertanya..
''kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
''ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat... ''
'' Saya ada kelas yasin... '' jawab perempuan tu
''Tapi.. putihnya lain macam aje... tak pernah pulak saya tengoknya ''
tanya lelaki tu lagi.
''Apa yang lain nya... sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??''
'' Eyea... lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya... ''
'' Ehh takkan sampai seram... ''
No comments:
Post a Comment