BEIJING - Pihak berkuasa China menyiasat kejadian 20 lubang besar
yang terbentuk di sebuah kawasan sawah padi di negara berkenaan.
Setakat ini lebih 20 lubang misteri itu terbentuk di daerah Fukou, dalam wilayah Hunan sejak empat bulan lalu.
Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati fenomena itu berpunca
daripada industri perlombongan setempat yang menyebabkan sistem saliran
bawah tanah di kawasan berkenaan musnah.
Keadaan itu membawa kepada tanah jerlus yang membentuk lubang-lubang besar tersebut.
Petikan Kosmo Online 15/01/2013
No comments:
Post a Comment