Pra-kata
Beberapa
tahun dahulu, Majalah Muslimah telah menemubual seseorang yang mendakwa
sebagai 'Paderi Besar' di Sabah. Kisah ini kemudiannya tersebar di
internet dan bagi mereka yang tidak mempunyai asas pengetahuan yang
mendalam, pasti mudah terpedaya dengan kisah rekaan 'Paderi Besar' ini.
'Paderi Besar' itu dikenali sebagai Thomas Laiden semasa menjadi Katolik
dan setelah memeluk agama Islam, menggunakan nama USTAZ Tajuddin Othman
Abdullah.
1) Paderi Thomas Laiden
Di
dalam temuramah tersebut, menampilkan seorang individu yang mengaku
sebagai bekas paderi iaitu 'Paderi' Thomas Laiden. Beliau menyatakan
pernah bekerja sebagai Paderi Besar Gereja-Gereja seluruh Salah pada
tahun 1988 dan bertugas di Gereja St Mary Kota Kinabalu.
Untuk pengetahuan kita semua, Gereja sentiasa menyimpan
semua rekod dan dokumen mengenai Uskup-Uskup dan para paderi yang telah
dan sedang melayani di setiap Gereja. Dokumen sejak 1897 telah disemak
sehinggalah kini, namun nama Paderi Thomas Laiden tidak pernah wujud!
Begitu
juga 'kategori' sebagai Paderi Besar. Tidak ada jawatan sedemikian di
dalam Gereja Katolik. Penting untuk kita ingati bahawa paderi yang
bertanggungjawab ke atas seluruh Gereja Katolik (Paroki) yang berada di
dalam wilayah Keuskupan-nya ialah Uskup. Seorang paderi hanya diberi
tugasan untuk menjaga paroki sahaja malah Gereja St Mary yang disebut
oleh 'Paderi' Thomas Laiden bukan terletak di Kota Kinabalu sebaliknya di Keuskupan Sandakan.
2. Latihan Kepaderian
Thomas
Laiden mendakwa telah menerima pembentukan kepaderian di sebuah
Seminari yang dikenali sebagai Seminari Kepaderian Vantiken di Itali.
Seminari ini langsung tidak wujud dan ejaan 'Vantiken' juga adalah
salah. Seharusnya ejaan yang betul ialah 'Vatikan'.
3. Pembiayaan pembelajaran
Di
dalam temuramah tersebut, Thomas Laiden mendakwa dibiayai oleh
Persatuan Kristian Sabah. Malah beliau menyatakan bahawa bapanya yang
bersungguh-sungguh menghantarnya untuk belajar menjadi paderi dan telah
membelanjakan duit ayahnya dengan banyak.
Dakwaan
ini langsung tidak benar kerana apabila seorang Katolik diterima untuk
belajar menjadi paderi, dia akan dibiayai sepenuhnya oleh Gereja
Katolik. Kedua, Gereja tidak mengenali dan tidak pernah berurusan dengan
'Persatuan Kristian Sabah' seperti yang dikatakan oleh paderi palsu
tersebut. Jika adapun, Gereja tidak bergantung kepada Persatuan ini di
dalam hal pembiayaan seorang seminarian atau apa-apa seminari di bawah
kendalian Gereja Katolik tidak pernah menerima pembiayaan dari persatuan
ini.
Ketiga, bukan
budaya Gereja Katolik untuk meminta sokongan atau bantuan kewangan dari
ibu bapa untuk proses pembelajaran seorang seminarian. Malah, untuk
mengikuti kursus di seminari, ia bukanlah keputusan dari ibu bapa atau
dari satu pihak sahaja kerana masih banyak lagi institusi pengajian tinggi yang lain.
Lagipun,
keputusan akhir sentiasa dilakukan oleh Gereja dan Gereja yang
menerima, menghantar dan memberi sokongan kepada para aspirant di dalam
seminari. Seminari tidak semestinya di Itali sahaja. Kita mempunyai
Seminari di Semenanjung dan Malaysia Timur serta di seluruh dunia.
Paderi
palsu ini menyatakan bahawa beliau menghabiskan selama 12 tahun di
'Vantiken' dan banyak membelanjakan wang ayahnya. Kenyataan ini jelas
satu penipuan kerana keuskupan adalah bertanggungjawab dalam menanggung
segala pembiayaan para seminarian masing-masing.
4. Pengampunan Dosa
Tidak
masuk akal sekali, mengapa tiba-tiba selepas tiga tahun menjadi
'paderi', beliau tiba-tiba tidak percaya dengan Sakramen Pengakuan.
Ini
adalah kerana, 'paderi' ini mendakwa beliau dididik di dalam keluarga
yang berpegang teguh kepada agama Katolik. Sebagai seorang Katolik,
beliau pasti telah dibaptis ketika masih bayi atau mungkin di usia
tertentu. Kemudian, beliau akan mempersiapkan diri melalui kelas agama
di Gereja untuk Sakramen Komuni Pertama pada usia 7 atau 8 tahun.
Pada
tahap usia ini, beliau sudah pasti mengenali Sakramen Pengakuan sebagai
pengampunan dosa. Sebelum menerima Komuni Pertama, adalah lazim bagi
para penerima Komuni Pertama untuk mengaku dosa dan memohon pengampunan.
Proses ini terus diulangi setiap umat selama hayat mereka dan selagi bergelar Katolik. Tanpa menerima Komuni Pertama, mana mungkin beliau layak memasuki seminari.
Beliau
mendakwa, agama Katolik adalah agama yang direka-reka kerana adanya
Pengampunan dosa, namun sekiranya beliau telah menerima Komuni Suci
pertama pasti beliau sudah mengetahui serta memahami apa itu Sakramen
Pengampunan.
Maka, ia adalah sesuatu yang menghairankan, mengapa beliau meragui Sakramen Pengakuan selepas menjadi 'paderi'?
Beliau
mendakwa diberi tanggungjawab besar untuk mengampuni dosa seluruh umat
Kristian di Sabah. Ini dakwaan yang sangat salah kerana hanya umat
Katolik yang layak mengaku di Gereja Katolik. Lagipun, melakukan
Sakramen Pengakuan merupakan tugas asas semua paderi Katolik. Tidak
pernah terjadi di dalam Gereja Katolik, hanya 'Paderi Besar' sahaja yang
boleh melakukan atau diarahkan memberikan Sakramen Pengakuan. Tambahan
pula, paderi-paderi tidak ditugaskan untuk mendengar pengakuan di
sesuatu tempat sahaja. Paderi bertanggungjawab untuk mendengar pengakuan
dosa, di mana sahaja umat yang memerlukan.
5. Paus Yohanes Paulus
Satu
lagi pembohongannya ialah kononnya beliau pernah berdialog dengan Yang
Mulia Sri Paus Yohanes Paulus. Beliau memanggil Paus sebagai 'PAUL'! Ini
sesuatu yang mengejutkan , lebih-lebih lagi dengan dakwaannya yang
pernah belajar di Itali tetapi menyapa Bapa Suci tanpa protokol. Untuk
menyapa seorang Paderi Katolik, kita akan memanggilnya 'Father atau
Paderi', 'Yang dihormati Uskup/Agung' dan 'Yang Mulia' atau 'Bapa Suci' kepada Paus.
Beliau
mendakwa lagi bahawa pernah berbual dengan Bapa Suci mengenai topik
sakramen Pengakuan. Bapa Suci kononnya memberitahu beliau bahawa
paderi-paderi Katolik adalah tidak berdosa. Sedangkan, ini bercanggah
dengan ajaran Gereja Katolik. Tidak mungkin Paus sebagai ketua Gereja
melafazkan kenyataan sedemikian. Ini sememangnya satu perbualan yang
tidak pernah wujud dan hanya dibuat-buat sahaja.
6. Ekaristi
'Paderi' ini mendakwa bahawa umat Katolik menpunyai 7 Ekaristi. Mustahil
seorang paderi tidak tahu istilah tepat di dalam agama Katolik ialah
Sakramen. Gereja Katolik mempunyai 7 Sakramen tetapi HANYA SATU
EKARISTI.
7. Pembaptisan dan Air Suci
Beliau
juga memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya Pembaptisan dan
Air Suci. Kata Paderi palsu ini, "Dalam Kristian air suci atau lebih
dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk
menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan
iaitu meminum air ini."
Di
dalam agama Katolik semasa Sakramen Pembaptisan, air dituangkan ke atas
kepala seseorang atau bayi yang mahu dibaptis dengan ucapan "Saya
membaptis kamu …. (nama) di dalam Bapa, Putera dan Roh Kudus," oleh
paderi sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran baptisan baru di dalam
Gereja. Katekumen TIDAK diberikan air untuk diminum semasa Sakramen
Pembaptisan Katolik.
Jika
benarlah beliau seorang Katolik atau paderi, mustahil beliau tidak tahu
aspek-aspek fizikal yang terlibat di dalam Sakramen Pembaptisan,
lebih-lebih lagi apabila beliau mendakwa sudah beberapa tahun menjadi
'paderi'! Malah, amat meragukan sebagai seseorang
yang mengaku seorang paderi, tidak tahu perbezaan di antara menuangkan
air di kepala semasa dibaptis dan "meminum air suci"?
Paderi
palsu ini juga menceritakan bahawa seorang doktor wanita telah meminum
Air Suci dan serta merta murtad dari agama Islam. Jika benarlah Gereja
Katolik ini adalah iblis seperti dakwaannya, maka lebih baik Gereja
mengisi Air Suci di dalam botol mineral dan menjualnya sahaja agar semua
orang di dunia ini menjadi Katolik!
8. Perpustakaan Sakristi
Menurut
paderi palsu ini, "Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga
sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja untuk menjaga kitab-kitab
di situ."
Setiap
Gereja Katolik mempunyai sakristi iaitu bilik kecil di belakang altar
di mana tersimpannya jubah-jubah paderi dan barangan kudus yang
digunakan semasa Misa Kudus. Ia bukanlah perpustakaan yang penuh dengan
kitab-kitab malah tidak ada apa yang rahsia di sakristi.
Petugas
Sakristi yang dipanggil Sakristan menjaga kebersihan bilik Sakristi dan
peralatan untuk Misa Kudus. Ternyata ini juga satu penipuan yang licik
tetapi tidak bijak oleh paderi palsu ini.
9. Tritunggal Mahakudus
Pada
suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara
Kristian di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary)
dan Anak Tuhan (Jesus Christ)
"QS
5:116........Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Hai Isa putra
Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: jadikanlah AKU dan IBUKU
dua orang Tuhan selain Allah.." — Kenyataan ini merupakan pemahaman
orang Islam terhadap Tritunggal. Agama Katolik mempunyai definisi
sendiri mengenai Tritunggal.
Mengapa
pula seorang paderi harus mengambil definisi dari sudut agama Islam?
Pada dasarnya, pemahaman Katolik mengenai Tritunggal ialah, Bapa, Putera
dan Roh Kudus iaitu tiga peribadi di dalam satu Tuhan. Tidak masuk akal
apabila seorang bekas paderi mempunyai pengertian yang amat menyimpang
dari agama Katolik.
10. Penduduk dibayar untuk masuk Kristian!
Thomas
Laiden menyatakan, "Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan
beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak
memeluk Kristian."
Gereja
Katolik tidak memaksa seseorang individu untuk menjadi Katolik.
Sebaliknya keikhlasan dan keterbukaan hati merupakan elemen yang amat
penting bagi mereka yang ingin menganut agama Katolik.
Ketika
mereka sudah bersedia, barulah mereka boleh mendaftar serta mengikuti
kelas agama selama setahun sebelum mereka layak dibaptis.
Gereja
Katolik tidak berlumba-lumba dalam meningkatkan jumlah penganutnya.
Tetapi, Gereja lebih mementingkan kualiti iman para komunitinya.
Malah,
mereka yang memilih menjadi Katolik pada hari ini, sekiranya hati
mereka terbuka untuk menganut agama lain pula pada keesokan harinya, dia
boleh melakukan kehendaknya TANPA DIHUKUM. Ini adalah kerana Gereja
Katolik amat berpegang kepada hak-hak asasi manusia iaitu bebas memilih
kepercayaan dan amat menghormati maruah manusia.
Oleh
itu, ia adalah satu kenyataan bodoh sekiranya menghabiskan wang
semata-mata mahu penganut lain meninggalkan agama mereka untuk menganut
Katolik sedangkan kita tahu, tidak ada proses yang berat untuk
meninggalkan agama Katolik.
Namun,
sekiranya seorang paderi atau religius, mahu meninggalkan pelayanannya
atau tidak mahu menjadi paderi lagi, maka beliau seharusnya mengikuti
prosedur yang telah ditentukan.
Bagi Paderi palsu ini, tidak dinyatakan pula bahawa
beliau telah mengikuti prosedur tersebut sebaliknya mengeluarkan
pelbagai kenyataan yang menipu dan palsu mengenai ajaran Gereja Katolik.
10. Penggunaan Istilah Dalam Profesion
Di
dalam semua kenyataan 'bekas paderi' ini, sangat jelas beliau tidak
mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai istilah iaitu terma lazim yang
digunakan oleh penganut Katolik. Kita tahu bahawa seorang paderi
biasanya mahir dalam menggunakan istilah-istilah dalam kepaderian.
Ini
dapat diperhatikan apabila Thomas Laiden tidak tahu bahawa untuk
menjadi seorang Paderi ia merupakan satu panggilan (vocation), bukannya
diarahkan atau mengikut keputusan orang lain.
Beliau
juga menyatakan bahawa beliau 'dilantik' menjadi paderi sedangkan
istilah yang tepat ialah 'ditahbis'. Kemudian, beliau mengakui bahawa
beliau adalah 'Paderi Besar' sedangkan Gereja Katolik tidak mempunyai
sebarang gelaran atau jawatan seperti itu.
Seterusnya,
beliau menyatakan semasa Pembaptisan, seorang Katolik akan meminum Air
Suci. Beliau juga menyatakan Sakramen sebagai Ekaristi-Ekaristi. Satu
bukti lagi yang paling menyerlah mengenai penipuannya ialah menerangkan
Tritunggal di dalam konteks Al-Quran.
KESIMPULAN:
Demikianlah
pembohongan seorang "Paderi Besar' yang kemudiannya memeluk agama
Islam. Beliau menyeru kita semua untuk mempercayainya.
Betapa
ironinya sebagai seorang yang mendakwa pernah belajar ilmu kepaderian
selama 12 tahun di 'Ventikan' — iaitu nama tempat yang beliau sendiri tidak tahu mengejanya.
Mungkin,
semua umat pelbagai agama harus bekerjasama agar tidak mudah
terpengaruh dengan serangan-serangan penipuan dan pembohonan seperti
'Paderi Besar' palsu ini. Ini jelas boleh mengancam keharmonian di
kalangan pelbagai penganut agama di negara ini.
Beberapa fakta pembohongan seorang paderi murtad
*
"Saya mendapat pendidikan di Seminari Kepaderian 'Vantiken' Itali,
iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan
dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah."
* "Saya bertugas di Gereja St Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu."
* "Seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia."
*
"Di negeri saya Sabah, setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang
Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa."
*
(Dialog dengan Bapa Suci Yohanes Paulus II) "Paderi Thomas, kamu ini
dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan
tidak mempunyai sebarang dosa.."
* Beliau mendakwa Katolik ada tujuh EKARISTI — Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:
i). Ekaristi Pembaptisan – seseorang yang ingin memeluk Kristian, mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii). Ekaristi Pengakuan – mengaku dosa di hadapan paderi
iii) Ekaristi Maha Kudus – memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv) Ekaristi Minyak Suci – air suci
v). Ekaristi Krisma – penerima Ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi) Kristi Imaman – menjadi paderi
vii). Ekaristi Perkahwinan – hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)
KENYATAAN AKHBAR DARI KEUSKUPAN KENINGAU
Penjelasan polemik Tajuddin Othman @ Thomas Laiden
Negara
kita Malaysia adalah negara yang aman makmur di mana setiap warganegara
yang berbilang kaum, agama dan adat resam serta tradisi, hidup dalam
keadaan yang aman damai. Kepelbagaian dan
perbezaan tersebut telah menjadikan kehidupan kita lebih berwarna-warni
dan menjadikan kita semakin merapatkan hubungan kita dengan sesama dan
dengan Sang Pencipta kita.
Namun
sayang tidak semua orang berpendapat demikian. Ada saja pihak-pihak
tertentu yang tidak menghormati orang yang tidak sealiran atau seagama
dengan mereka. Di sini kami ingin membetulkan tohmahan yang dilontarkan
oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah yang terdapat dalam Majalah MUSLIMAH
terbitan Februari 1999, bertajuk "Iktibar buat mereka yang murtad!"
Dalam
artikel tersebut, orang itu mendakwa dirinya sebagai bekas seorang
paderi Katolik bernama paderi Thomas Laiden, berketurunan Solok. Beliau
mengaku pernah belajar menjadi paderi di Vatiken Itali. Kononnya beliau
pernah bertugas di Vatiken dan seterusnya bertugas di Gereja St. Mary,
di Kota Kinabalu pada tahun 1988. (Gereja St. Mary sebenarnya di
Sandakan)
Perlu
kami jelaskan di sini bahawa kami tidak pernah kenal seorang paderi
yang bernama Thomas Laiden. Apalagi seorang paderi yang berketurunan
Solok di negeri Sabah ini. Orang (rekaan) ini tidak pernah wujud dalam
senarai mahupun perhidmatan dalam mana-mana Gereja Katolik di Sabah.
Melalui
artikel tersebut menjadi jelas pada kami bahawa Tajuddin Othman
Abdullah @ Thomas Laiden adalah seorang pembohong kerana segala
tohmahannya mengenai doktrin Kristian Katolik yang terdapat dalam
artikel tersebut semuanya tidak benar. Segala tohmahan tersebut lebih
bersifat rekaan semata-mata yang boleh menimbulkan provokasi kepada
orang lain sekaligus memberi gambaran yang salah kepada penganut Islam
dan semua pembaca yang budiman tentang agama Katolik.
Besar
kemungkinan penulis artikel tersebut hanya ingin menyampaikan mesej
kepada kaum muslimin supaya tidak murtad. Tetapi kalau ya pun, janganlah
menggunakan isu-isu agama orang lain. Agama apapun berpendapat bahawa
berhohong itu dosa.
Jika
benarlah kewujudan peribadi yang bernama Tajuddin Othman Abdullah @
Thomas Laiden ini, maka kami berharap agar pihak Majlis Agama Islam
Melaka di bahagian unit kristianologi, menyelidiki latar belakangnya
terutama surat lahir dan Mykad supaya jangan sampai mereka pun ditipu
oleh seorang 'ustaz' murahan. Jika perlu, kami sentiasa bekerjasama demi
semangat berdialog ke arah keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang
kaum, bangsa dan agama.
Fr. Dr. Charles Chiew
Keuskupan Keningau
Salam sejahtera..tentang surah al ma'idah ayat 116 - 117..
ReplyDelete"Ingatlah ketika Allah SWT berfirman:"Hai 'Isa anak Maryam! Adakah engkau mengatakan kepada manusia seperti ini?"Ambillah saya dan ibu saya menjadi Tuhan selain daripada Allah.Nabi 'Isa A.S menjawab:"Maha suci Engkau ya Allah,tiadalah sepatutnya bagi saya,mengatakan barang yang bukan hak saya:jika sebenarnya saya mengatakan yang demikian,nescaya Engkau maha mengetahui nya,kerana Engkau maha mengetahui apa-apa yang ada di dalam diri saya dan tidaklah saya mengetahui akan apa yang ada pada diri Engkau,sesungguhnya Engkau lah yang lebih mengetahui benda yang tersembunyi.Tiada saya katakan kepada mereka melainkan apa yang engkau perintahkan kepada saya iaitu supaya menyembah Allah SWT,Tuhan ku dan Tuhan kamu dan adalah saya menjadi saksi atas mereka selama saya hidup bersama mereka ,maka manakala Engkau wafatkan saya,adalah Engkau menjaga mereka dan Engkaulah yang menjadi saksi atas setiap sesuatu."
Ambillah iktibar dari surah ini.
Osama Bin Laden kali dia ni...kantoi!!
ReplyDeleteDa masok poket daaa...
ReplyDeleteLakonan murahan..... HAHAHAHAH
ReplyDeleteKASEAN DEH LOE
Lakonan murahan..... HAHAHAHAH
ReplyDeleteKASEAN DEH LOE
semoga dia aman dalam pembohongannya..
ReplyDeleteTiada orang Suluk beragama kristian ... dri lahir lagi mereka semua adalah agama islam, tak logik ... apa agenda dia buat mcm ni ... mencentuskan konflik antar Islam dan kristian ....
ReplyDeleteShalom..sbar saklah.
ReplyDeleteNk jadi hero katun c tajudin ni..kenapa dia tk ckp dia pernah jadi TUHAN ja ni.
ReplyDeleteHahaha....
Delete'Pembohongan' ke-10 tu jelas palsu.
ReplyDeleteAdui... Malunya..🙈
ReplyDeleteTak takut bila mati..kna hukuman sebab berlakon mcm tuhan wahai osama laiden kedua
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHahaha.. author delete comment. Bacul
DeleteSemoga Allah memberikan hidayah
ReplyDeleteAdmin lagi kuat menipu... Kenapa bila Tajuddin Othman ajak debat secara live kau tolak? Takut terbongkar rahsia ke? 'Ventikan' Tu ditulis oleh penulis temuramah beliau. Beliau berketurunan Madura dan Solok. Madura tak Ada Kristian ke?
ReplyDelete