14 January 2010

"Allah" issue

Isu ni seakan-akan tidak menemui kesudahan nya. Beberapa bulan yang lalu, penggunaan perkataan Allah di dalam Bible telah diharam kan, tetapi pada beberapa minggu yang lalu pula ia diiktiraf di Malaysia.Dan bermula la dari itu tercetusnya kontroversi di antara agama di negara ini. Sebanyak 3 gereja di kuala lumpur, 1 di perak, dan 1 di lutong telah dibakar.Kenapa perlu ini berlaku??

Bukankah negara ini menjalankan konsep 1Malaysia?Dulu kebanggaan negara ini adalah kerana cara hidup rakyatnya yang bersatu padu.Tapi apa yang terjadi sekarang adalah hidup yang berpecah belah.Biar lah isu itu pihak atasan yang tentukan...it's jut a word.rasanya org di luar sana juga bersetuju bahawa Tuhan di dunia ada 1 dan 1 itu adalah DIA, cuma cara kita mendekatiNya adalah berbeza.

Persoalan utama yang ingin saya ketengahkan disini adalah mengapa isu ini dibangkitkan sekarang sedangkan penggunaan Allah telah lama dipraktikkan di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak berdekad lama nya?kalau tak silap saya, isu ini mula menarik perhatian pelbagai pihak apabila Agnes Monica(christian) mengeluarkan sebuah album yang mempunyai lagu yang mengandungi lirik Allah.kalau di Indonesia rakyat nya boleh menerima, mengapa pula bukan kita??

Malaysia bukannya negara Islam, cuma agama rasmi di Malaysia yang Islam dan rakyat di negara ini bebas beragama. Berbalik kepada kebakaran di gereja tadi, cukup-cukuplah tu.Ini hanya akan memalukan Malaysia di mata dunia.Yang anda serang itu adalah tempat keagamaan agama terbesar di dunia, dan ini merupakan isu yang sensitif di negara ini. Harap rakyat Malaysia selepas ini kembali hidup bersatu padu seperti sebelumnya.

1 comment:

  1. bukan ae yg bom tu pun bukan nya org lain saje dorg tu nak popular pas kena tangkap haprak takut mcm nak mampus...semenanjnug punya sampai sarawak plak nak diserit habis..mcm lah dorg tu pernah nampak para nabi@Tuhan...oi bro lu nak bakar lu bakar lh rmh sendiri jgn nak kaco sarawak haprak betul meh cni wa kasi lu makan tapak kaki wa...waaawawawawawaaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...