20 January 2013

Sharifah Zohra Jabeen - Wanita ‘Listen, listen’ Beri Penjelasan


Kuala Lumpur: “Saya kesal isu video yang memaparkan saya dan gadis berkenaan diputar belit pihak yang mahu mengambil kesempatan.”
Demikian kata Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mengenai klip video pertikaman lidah antara dia dengan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Undang-Undang, KS Bawani yang dimuat naik dalam YouTube baru-baru ini sehingga mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Datuk Saifudin Abdullah. Sharifah Zohra yang akhirnya tampil selepas dikritik banyak pihak itu sebaik saja klip video itu tersebar baru-baru ini mendakwa pihak tertentu mengambil kesempatan daripada insiden kontroversi di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu bagi meraih sokongan parti pembangkang.

Malah, dia juga menyalahkan orang ramai yang tidak menonton sepenuhnya rakaman video yang dikatakan mempunyai bahagian satu hingga empat.
Semalam, Mohamed Khaled berkata, pihaknya kesal dengan insiden terbabit dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang malang kerana berlaku dalam universiti.
Saifudin berkata, dalam keadaan biasa Sharifah Zohra boleh berbeza pendapat dengan mahasiswa seperti Bawani, tetapi perlu menggunakan bahasa lebih elok dan tidak memperkecilkan penuntut berusia 28 tahun itu.
Dia juga kesal apabila pihak tertentu mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan apabila kata-katanya dalam klip berkenaan iaitu ‘Listen, Listen, Listen’ dicetak sebagai barangan jualan termasuk di atas kemeja-T, nada dering selain menjadi bahan lawak dalam pertunjukan tertentu.

Sebaliknya, katanya, tindakan licik pihak tertentu hanya memuat naik bahagian empat bagi mengelirukan orang ramai. “Saya tekankan di sini tiada tindakan mengutuk pelajar di negara ini, apatah lagi menghalang kebebasan berucap,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Dalam pada itu, Sharifah Zohra berkata, akibat insiden itu, dia dikritik keras tanpa ada sensitiviti menggunakan bahasa kesat yang mencabar maruahnya dan profesionalisme bertujuan merosakkan reputasinya sebagai pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Fenomena video yang menjadikan saya selebriti dalam sekelip mata itu bagi mengelakkan tumpuan rakyat kepada isu lebih besar seperti pencabulan hak asasi pelajar, wanita dan kanak-kanak di Malaysia dengan membabitkan mereka dengan demonstrasi jalanan selain jenayah seperti penyalahgunaan dadah, masalah sosial, pembuangan bayi dan banyak lagi,” katanya.

Sumber - HMetro Online

15 January 2013

Luahan Seorang Guru Tentang Muridnya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor.

Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnyatetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. 

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. 

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. 
Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. 

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya 

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” 

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


- Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi. - (Facebook Medialah.com)

14 January 2013

Cemburukan Aaron Aziz, Isteri Diceraikan

A quick line with Aaron Aziz



Ini mungkin kisah paling sadis anda dengar hari ini berkaitan peminat dunia hiburan kita hari ini — seorang suami lafazkan cerai kerana cemburukan si isteri yang meminati Aaron Aziz.

Mangga Online hari ini menulis yang seorang lelaki berusia 50′an telah melafazkan talak satu terhadap isterinya yang di’syaki menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz.

“Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam & Hawa”

“Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya. Saya jadi cemburu dan tak dapat mengawal kemarahan lantas melafazkan talak satu terhadap isteri”

“Saya rasa diri saya tak dihargai lagi,” ujar lelaki itu di’mahkamah menurut sumber kepada laman hiburan tersebut.

Tidak kami 100% pasti yang perkara ini benar benar terjadi tetapi jika ianya benar, bukan satu tindakan bijak buat lelaki tersebut untuk melafazkan cerai kerana cemburukan si isteri yang meminati seorang selebriti.

Misteri Lubang di Sawah Padi - China



LUBANG besar yang terbentuk di sawah padi di China pada Sabtu lepas.



BEIJING - Pihak berkuasa China menyiasat kejadian 20 lubang besar yang terbentuk di sebuah kawasan sawah padi di negara berkenaan.
Setakat ini lebih 20 lubang misteri itu terbentuk di daerah Fukou, dalam wilayah Hunan sejak empat bulan lalu.
Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati fenomena itu berpunca daripada industri perlombongan setempat yang menyebabkan sistem saliran bawah tanah di kawasan berkenaan musnah.
Keadaan itu membawa kepada tanah jerlus yang membentuk lubang-lubang besar tersebut.


Petikan Kosmo Online 15/01/2013

10 January 2013

FAKTA!! : Buaya Pengganas di Sarawak.

INFO:

Terdapat dua jenis buaya di Malaysia iaitu:
  • Buaya tembaga (Crocodylus Porosus) yang turut dikenali sebagai buaya katak, buaya muara dan buaya air masin. Panjangnya melebihi tujuh meter (23 kaki). Boleh menghasilkan 60 - 80 biji telur dalam satu masa.
  • Buaya julung-julung (Tomistorma Schlegelli). Panjangnya melebihi empat meter (13 kaki). Boleh menghasilkan 20 - 60 biji telur dalam satu masa.
  • Buaya di Sungai Sarawak kebanyakannya daripada spesies Crocodylus Porosus atau lebih dikenali buaya katak yang biasanya boleh hidup di kawasan air tawar dan air masin.
  • Buaya katak berukuran empat hingga enam meter panjang, mempunyai jalur putih di belakang badannya dan dikatakan berumur lebih 50 tahun serta bermaharajalela di Sungai Batang Lupar sejak 1941.
  • Penduduk tempatan Sarawak mendakwa Bujang Senang bersaiz 30 meter dengan keseluruhan badan berwarna putih.
  • Buaya jantan dewasa berukuran lima meter panjang, namun terdapat buaya yang panjangnya melebihi enam hingga tujuh meter dengan berat antara 1,500 hingga 2,500 kilogram.
  • Buaya betina bersaiz lebih kecil berbanding buaya jantan dengan purata ukuran panjangnya antara dua hingga tiga meter.
  • Dikatakan, di kalangan manusia yang menjadi mangsa Bujang Senang, tidak ada seorang pun daripada kaum Bidayuh kerana adanya perjanjian antara sang bedal dengan keturunan kaum Bidayuh.
  • Pada 1980-an, masyarakat di negeri ini pernah gempar dengan kejadian seekor buaya ganas bergelar ‘Bujang Senang’ yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak menyerang dan membaham beberapa mangsa.
  • Sekitar 1982 sehingga 1991, reptilia sepanjang tujuh meter itu membaham 13 penduduk kampung. Selepas membunuh mangsa yang ke-14, haiwan itu dibunuh pemburu berbangsa Iban dan anggota polis.
  • Serangan buaya di Sungai Batang Lupar sering dikaitkan dengan Bujang Senang sehinggalah reptilia itu dibunuh pada 22 Mei 1992.


    Kes serangan buaya di Sarawak (2012)

    Miri: Disember 2012

    Murid tahun lima, Jerrey Apat Angsa, 11, menjadi korban serangan buaya ketika mandi di Sungai Tajan, Suai, Niah. Dalam kejadian itu, kelibat mangsa langsung tidak kelihatan sebaik terjun ke dalam sungai. Mayat mangsa dijumpai terapung empat kilometer dari tempat kejadian dengan kecederaan di paha akibat gigitan buaya.

    Santubong: November 2012

    Dalam kejadian jam 6 petang, Mohamad Azlan Marzuki, 20, dari Kampung Haji Mat Taib, Kuching mengalami pendarahan teruk di bahagian kaki kanan selepas dipercayai digigit buaya ketika mandi di Pantai Pasir Panjang. Dia yang menyangka buaya itu adalah sebatang kayu, tiba-tiba digigit namun berjaya melepaskan diri dengan menyepak kepala buaya itu.

    Kuching: Ogos 2012

    Seorang buruh binaan warga Indonesia yang sedang membuang air besar nyaris maut dibaham buaya di bawah jambatan merentasi Sungai Sarawak berdekatan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

    Pai, 32, dari Pulau Jawa berkata, secara tiba-tiba buaya sepanjang lebih dua meter menyambar pinggangnya dari belakang dan berjaya melepaskan diri dengan menumbuk sekuat hati mata haiwan berkenaan.

    Kuching: Ogos 2012

    Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong, mengalami luka di kedua-dua paha akibat dibaham buaya air masin ketika mandi di pantai Pasir Pandak sempena cuti sambutan Aidilfitri.

    Ashley Austin Chin, 14, terselamat selepas menumbuk mata serta badan buaya yang sepanjang lebih tiga meter.

    Betong: Julai 2012

    Selepas tiga hari operasi pencarian dilakukan, akhirnya mayat Derahman Chali, 55, ditemui dalam keadaan mengerikan apabila kepala mangsa hampir putus dan hanya tinggal bahagian kiri badan manakala bahagian kanan dari paras bahu ke bawah termasuk tangan kanan serta kaki kanan, hilang.

    Mayat warga emas ini yang ditemui di seberang Sungai Kampung Medang, Spaoh iaitu 20 kilometer dari tempat kejadian, disambar Bujang Saribas ketika membasuh tangan di Sungai Saribas di Beladin.

    Saratok: Jun 2012

    Kasih mendalam terhadap isteri menyebabkan Embol Asum, 43, sanggup bergadai nyawa bergelut dengan buaya sepanjang enam meter selama hampir 10 minit bagi membebaskan isterinya yang dibaham reptilia itu di Sungai Anak, Roban.

    Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila isterinya, Siah Munsong, 42, ditarik haiwan itu ke tengah sungai. Mayat isterinya ditemui tersangkut pada jaring dalam keadaan sempurna dengan kesan luka akibat digigit buaya.

    Serian: Mei 2012

    Detik sukar ditempuhi seorang pesakit mental apabila terpaksa bertarung dengan buaya selama 15 minit ketika mandi di Sungai Batang Sadong. Ngundi Saga, 43, dari Kampung Spaoh Jawey, Gedong ke sungai itu untuk mandi di sungai yang terletak 50 meter dari rumahnya. Meskipun kaki kirinya digigit buaya, dia berjaya melepaskan diri dengan menumbuk mata buaya itu.

    Miri: Februari 2012

    Millie Nueh, 36, terselamat daripada maut selepas bergelut dan menendang mata buaya yang menyeretnya sejauh dua meter ke tengah sungai. Buaya sepanjang lebih tiga meter itu muncul di Sungai Kebara, Batu Niah dan menggigit kaki kanannya sewaktu dia mandi jam 6.30 pagi.
  • 09 January 2013

    WOW!!! Tanah 7 Warna di Mauritius

    Menakjubkan apabila di sebuah kawasan kecil perhampiran Chamarel, Mauritius, terdapat tanah yang mempunyai 7 warna yang menyerupai corak pelangi.

    Kawasan yang hanya berkeluasan 7,500 kaki persegi itu terdiri daripada tanah berpasir yang berwarna merah, coklat, ungu, hijau, biru, kuning dan hitam.
    Tanah yang mempunyai perbezaan warna itu dipercayai akibat pencairan batu daripada gunung berapi yang telah menyejuk pada suhu yang luar biasa.
    Indah dan besar betul ciptaan Tuhan ini.

    Walaupun hadir pada skala kecil, namun fenomena itu dianggap luar biasa sehingga mampu menarik ramai pengungjung ke  Chamarel.

    Sehingga kini, puncanya masih belum diberitahu dengan begitu jelas, tetapi apa yang pasti ia adalah kejadian yang dianugerahkan kepada kawasan berkenaan.

    Melihat kepada foto-foto dibawah ini, ia nampak hanya seperti sebuah lukisan.

    Tetapi percayalah kerana ia benar-benar berlaku. 

    2
    3 

    4


    5 



    08 January 2013

    Pembohongan USTAZ Tajuddin Othman Abdullah

    Pra-kata
    Beberapa tahun dahulu, Majalah Muslimah telah menemubual seseorang yang mendakwa sebagai 'Paderi Besar' di Sabah. Kisah ini kemudiannya tersebar di internet dan bagi mereka yang tidak mempunyai asas pengetahuan yang mendalam, pasti mudah terpedaya dengan kisah rekaan 'Paderi Besar' ini. 'Paderi Besar' itu dikenali sebagai Thomas Laiden semasa menjadi Katolik dan setelah memeluk agama Islam, menggunakan nama USTAZ Tajuddin Othman Abdullah.
    1) Paderi Thomas Laiden
    Di dalam temuramah tersebut, menampilkan seorang individu yang mengaku sebagai bekas paderi iaitu 'Paderi' Thomas Laiden. Beliau menyatakan pernah bekerja sebagai Paderi Besar Gereja-Gereja seluruh Salah pada tahun 1988 dan bertugas di Gereja St Mary Kota Kinabalu.
    Untuk pengetahuan kita semua, Gereja sentiasa  menyimpan semua rekod dan dokumen mengenai Uskup-Uskup dan para paderi yang telah dan sedang melayani di setiap Gereja. Dokumen sejak 1897 telah disemak sehinggalah kini, namun  nama Paderi Thomas Laiden  tidak pernah wujud! 
     Begitu juga 'kategori' sebagai Paderi Besar. Tidak ada jawatan sedemikian di dalam Gereja Katolik. Penting untuk kita ingati bahawa paderi yang bertanggungjawab ke atas seluruh Gereja Katolik (Paroki) yang berada di dalam wilayah Keuskupan-nya ialah Uskup. Seorang paderi hanya diberi tugasan untuk menjaga paroki sahaja malah Gereja St Mary yang disebut oleh 'Paderi' Thomas Laiden  bukan terletak di Kota Kinabalu sebaliknya di Keuskupan Sandakan.
     2. Latihan Kepaderian
    Thomas Laiden mendakwa telah menerima pembentukan kepaderian di sebuah Seminari yang dikenali sebagai Seminari Kepaderian Vantiken di Itali. Seminari ini langsung tidak wujud dan ejaan 'Vantiken' juga adalah salah. Seharusnya ejaan yang betul ialah 'Vatikan'.

    3. Pembiayaan pembelajaran
    Di dalam temuramah tersebut, Thomas Laiden mendakwa dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Malah beliau menyatakan bahawa bapanya yang bersungguh-sungguh menghantarnya untuk belajar menjadi paderi dan telah membelanjakan duit ayahnya dengan banyak.
    Dakwaan ini langsung tidak benar kerana apabila seorang Katolik diterima untuk belajar menjadi paderi, dia akan dibiayai sepenuhnya oleh Gereja Katolik. Kedua, Gereja tidak mengenali dan tidak pernah berurusan dengan 'Persatuan Kristian Sabah' seperti yang dikatakan oleh paderi palsu tersebut. Jika adapun, Gereja tidak bergantung kepada Persatuan ini di dalam hal pembiayaan seorang seminarian atau apa-apa seminari di bawah kendalian Gereja Katolik tidak pernah menerima pembiayaan dari persatuan ini.
    Ketiga,  bukan budaya Gereja Katolik untuk meminta sokongan atau bantuan kewangan dari ibu bapa untuk proses pembelajaran seorang seminarian. Malah, untuk mengikuti kursus di seminari, ia bukanlah keputusan dari ibu bapa atau dari satu pihak sahaja  kerana masih banyak lagi institusi pengajian tinggi yang lain.
    Lagipun, keputusan akhir sentiasa dilakukan oleh Gereja dan Gereja yang menerima, menghantar dan memberi sokongan kepada para aspirant di dalam seminari. Seminari tidak semestinya di Itali sahaja. Kita mempunyai Seminari di Semenanjung dan Malaysia Timur serta di seluruh dunia.
    Paderi palsu ini menyatakan bahawa beliau menghabiskan selama 12 tahun di 'Vantiken' dan banyak membelanjakan wang ayahnya. Kenyataan ini jelas satu penipuan kerana keuskupan adalah bertanggungjawab dalam menanggung segala pembiayaan para seminarian masing-masing.

    4. Pengampunan Dosa
    Tidak masuk akal sekali, mengapa tiba-tiba selepas tiga tahun menjadi 'paderi', beliau tiba-tiba tidak percaya dengan Sakramen Pengakuan.
    Ini adalah kerana, 'paderi' ini mendakwa beliau dididik di dalam keluarga yang berpegang teguh kepada agama Katolik. Sebagai seorang Katolik, beliau pasti telah dibaptis ketika masih bayi atau mungkin di usia tertentu. Kemudian, beliau akan mempersiapkan diri melalui kelas agama di Gereja untuk Sakramen Komuni Pertama pada usia 7 atau 8 tahun.
    Pada tahap usia ini, beliau sudah pasti mengenali Sakramen Pengakuan sebagai pengampunan dosa. Sebelum menerima Komuni Pertama, adalah lazim bagi para penerima Komuni Pertama untuk mengaku dosa dan memohon pengampunan. Proses ini terus diulangi setiap umat selama hayat mereka dan  selagi bergelar Katolik. Tanpa menerima Komuni Pertama, mana mungkin beliau layak memasuki seminari.
    Beliau mendakwa, agama Katolik adalah agama yang direka-reka kerana adanya Pengampunan dosa, namun sekiranya beliau telah menerima Komuni Suci pertama pasti beliau sudah mengetahui serta memahami apa itu Sakramen Pengampunan. 
    Maka, ia adalah sesuatu yang menghairankan, mengapa beliau meragui Sakramen Pengakuan selepas menjadi 'paderi'?
    Beliau mendakwa diberi tanggungjawab besar untuk mengampuni dosa seluruh umat Kristian di Sabah. Ini dakwaan yang sangat salah kerana hanya umat Katolik yang layak mengaku di Gereja Katolik. Lagipun, melakukan Sakramen Pengakuan merupakan tugas asas semua paderi Katolik. Tidak pernah terjadi di dalam Gereja Katolik, hanya 'Paderi Besar' sahaja yang boleh melakukan atau diarahkan memberikan Sakramen Pengakuan. Tambahan pula, paderi-paderi tidak ditugaskan untuk mendengar pengakuan di sesuatu tempat sahaja. Paderi bertanggungjawab untuk mendengar pengakuan dosa, di mana sahaja umat yang memerlukan.

    5. Paus Yohanes Paulus
    Satu lagi pembohongannya ialah kononnya beliau pernah berdialog dengan Yang Mulia Sri Paus Yohanes Paulus. Beliau memanggil Paus sebagai 'PAUL'! Ini sesuatu yang mengejutkan , lebih-lebih lagi dengan dakwaannya yang pernah belajar di Itali tetapi menyapa Bapa Suci tanpa protokol. Untuk menyapa seorang Paderi Katolik, kita akan memanggilnya 'Father atau Paderi', 'Yang dihormati Uskup/Agung' dan 'Yang Mulia'  atau 'Bapa Suci' kepada Paus.
    Beliau mendakwa lagi bahawa pernah berbual dengan Bapa Suci mengenai topik sakramen Pengakuan. Bapa Suci kononnya memberitahu beliau bahawa paderi-paderi Katolik adalah tidak berdosa. Sedangkan, ini bercanggah dengan ajaran Gereja Katolik. Tidak mungkin Paus sebagai ketua Gereja melafazkan kenyataan sedemikian. Ini sememangnya satu perbualan yang tidak pernah wujud dan hanya dibuat-buat sahaja.

    6. Ekaristi
    'Paderi' ini mendakwa bahawa umat Katolik menpunyai 7 Ekaristi.  Mustahil seorang paderi tidak tahu istilah tepat di dalam agama Katolik ialah Sakramen. Gereja Katolik mempunyai 7 Sakramen tetapi HANYA SATU EKARISTI.

    7. Pembaptisan dan Air Suci
    Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya Pembaptisan dan Air Suci. Kata Paderi palsu ini, "Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini."
    Di dalam agama Katolik semasa Sakramen Pembaptisan, air dituangkan ke atas kepala seseorang atau bayi yang mahu dibaptis dengan ucapan "Saya membaptis kamu …. (nama) di dalam Bapa, Putera dan Roh Kudus," oleh paderi sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran baptisan baru di dalam Gereja. Katekumen TIDAK diberikan air untuk diminum semasa Sakramen Pembaptisan Katolik.
    Jika benarlah beliau seorang Katolik atau paderi, mustahil beliau tidak tahu aspek-aspek fizikal yang terlibat di dalam Sakramen Pembaptisan, lebih-lebih lagi apabila beliau mendakwa sudah beberapa tahun menjadi 'paderi'!  Malah, amat meragukan sebagai seseorang yang mengaku seorang paderi, tidak tahu perbezaan di antara menuangkan air di kepala semasa dibaptis dan "meminum air suci"?
    Paderi palsu ini juga menceritakan bahawa seorang doktor wanita telah meminum Air Suci dan serta merta murtad dari agama Islam. Jika benarlah Gereja Katolik ini adalah iblis seperti dakwaannya, maka lebih baik Gereja mengisi Air Suci di dalam botol mineral dan menjualnya sahaja agar semua orang di dunia ini menjadi Katolik!
     8. Perpustakaan Sakristi
    Menurut paderi palsu ini, "Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja untuk menjaga kitab-kitab di situ."
    Setiap Gereja Katolik mempunyai sakristi iaitu bilik kecil di belakang altar di mana tersimpannya jubah-jubah paderi dan barangan kudus yang digunakan semasa Misa Kudus. Ia bukanlah perpustakaan yang penuh dengan kitab-kitab malah tidak ada apa yang rahsia di sakristi.
    Petugas Sakristi yang dipanggil Sakristan menjaga kebersihan bilik Sakristi dan peralatan untuk Misa Kudus. Ternyata ini juga satu penipuan yang licik tetapi tidak bijak oleh paderi palsu ini.

    9. Tritunggal Mahakudus
    Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ)
    "QS 5:116........Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Hai Isa putra Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: jadikanlah AKU dan IBUKU dua orang Tuhan selain Allah.." — Kenyataan ini merupakan pemahaman orang Islam terhadap Tritunggal. Agama Katolik mempunyai definisi sendiri mengenai Tritunggal.
    Mengapa pula seorang paderi harus mengambil definisi dari sudut agama Islam? Pada dasarnya, pemahaman Katolik mengenai Tritunggal ialah, Bapa, Putera dan Roh Kudus iaitu tiga peribadi di dalam satu Tuhan. Tidak masuk akal apabila seorang bekas paderi mempunyai pengertian yang amat menyimpang dari agama Katolik.

    10. Penduduk dibayar untuk masuk Kristian!
    Thomas Laiden menyatakan, "Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian."
    Gereja Katolik tidak memaksa seseorang individu untuk menjadi Katolik. Sebaliknya keikhlasan dan keterbukaan hati merupakan elemen yang amat penting bagi mereka yang ingin menganut agama Katolik.
    Ketika mereka sudah bersedia, barulah mereka boleh mendaftar serta mengikuti kelas agama selama setahun sebelum mereka layak dibaptis.
    Gereja Katolik tidak berlumba-lumba dalam meningkatkan jumlah penganutnya. Tetapi, Gereja lebih mementingkan kualiti iman para komunitinya.
    Malah, mereka yang memilih menjadi Katolik pada hari ini, sekiranya hati mereka terbuka untuk menganut agama lain pula pada keesokan harinya, dia boleh melakukan kehendaknya TANPA DIHUKUM. Ini adalah kerana Gereja Katolik amat berpegang kepada hak-hak asasi manusia iaitu bebas memilih kepercayaan dan amat menghormati maruah manusia. 
    Oleh itu, ia adalah satu kenyataan bodoh sekiranya menghabiskan wang semata-mata mahu penganut lain meninggalkan agama mereka untuk menganut Katolik sedangkan kita tahu, tidak ada proses yang berat untuk meninggalkan agama Katolik.
    Namun, sekiranya seorang paderi atau religius, mahu meninggalkan pelayanannya atau tidak mahu menjadi paderi lagi, maka beliau seharusnya mengikuti prosedur yang telah ditentukan.
    Bagi Paderi palsu ini, tidak dinyatakan pula  bahawa beliau telah mengikuti prosedur tersebut sebaliknya mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menipu dan palsu mengenai ajaran Gereja Katolik.

    10. Penggunaan Istilah Dalam Profesion
    Di dalam semua kenyataan 'bekas paderi' ini, sangat jelas beliau tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai istilah iaitu terma lazim yang digunakan oleh penganut Katolik. Kita tahu bahawa seorang paderi biasanya mahir dalam menggunakan istilah-istilah dalam kepaderian.
    Ini dapat diperhatikan apabila Thomas Laiden tidak tahu bahawa untuk menjadi seorang Paderi ia merupakan satu panggilan (vocation), bukannya diarahkan atau mengikut keputusan orang lain.
    Beliau juga menyatakan bahawa beliau 'dilantik' menjadi paderi sedangkan istilah yang tepat ialah 'ditahbis'. Kemudian, beliau mengakui bahawa beliau adalah 'Paderi Besar' sedangkan Gereja Katolik tidak mempunyai sebarang gelaran atau jawatan seperti itu.
    Seterusnya, beliau menyatakan semasa Pembaptisan, seorang Katolik akan meminum Air Suci. Beliau juga menyatakan Sakramen sebagai Ekaristi-Ekaristi. Satu bukti lagi yang paling menyerlah mengenai penipuannya ialah menerangkan Tritunggal di dalam konteks Al-Quran.

    KESIMPULAN:

    Demikianlah pembohongan seorang "Paderi Besar' yang kemudiannya memeluk agama Islam. Beliau menyeru kita semua untuk mempercayainya.
    Betapa ironinya sebagai seorang yang mendakwa pernah belajar ilmu kepaderian selama 12 tahun di 'Ventikan' — iaitu nama tempat yang beliau sendiri  tidak tahu mengejanya. 
    Mungkin, semua umat pelbagai agama harus bekerjasama agar tidak mudah terpengaruh dengan serangan-serangan penipuan dan pembohonan seperti 'Paderi Besar' palsu ini. Ini jelas boleh mengancam keharmonian di kalangan pelbagai penganut agama di negara ini.


    Beberapa fakta pembohongan seorang paderi murtad
    * "Saya mendapat pendidikan di Seminari Kepaderian 'Vantiken' Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah."
    * "Saya bertugas di Gereja St Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu."
    * "Seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia."
    * "Di negeri saya Sabah, setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa."
    * (Dialog dengan Bapa Suci Yohanes Paulus II) "Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa.."
    * Beliau mendakwa Katolik ada tujuh EKARISTI — Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:
    i). Ekaristi Pembaptisan – seseorang yang ingin memeluk Kristian, mereka mesti dibaptiskan air suci.
    ii). Ekaristi Pengakuan – mengaku dosa di hadapan paderi
    iii) Ekaristi Maha Kudus – memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
    iv) Ekaristi Minyak Suci – air suci
    v). Ekaristi Krisma – penerima Ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
    vi) Kristi Imaman – menjadi paderi
    vii). Ekaristi Perkahwinan – hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)



    KENYATAAN AKHBAR DARI KEUSKUPAN KENINGAU

    Penjelasan polemik Tajuddin Othman @ Thomas Laiden
    Negara kita Malaysia adalah negara yang aman makmur di mana setiap warganegara yang berbilang kaum, agama dan adat resam serta tradisi, hidup dalam keadaan yang aman damai.  Kepelbagaian dan perbezaan tersebut telah menjadikan kehidupan kita lebih berwarna-warni dan menjadikan kita semakin merapatkan hubungan kita dengan sesama dan dengan Sang Pencipta kita.
    Namun sayang tidak semua orang berpendapat demikian. Ada saja pihak-pihak tertentu yang tidak menghormati orang yang tidak sealiran atau seagama dengan mereka. Di sini kami ingin membetulkan tohmahan yang dilontarkan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah yang terdapat dalam Majalah MUSLIMAH terbitan Februari 1999, bertajuk "Iktibar buat mereka yang murtad!"
    Dalam artikel tersebut, orang itu mendakwa dirinya sebagai bekas seorang paderi Katolik bernama paderi Thomas Laiden, berketurunan Solok. Beliau mengaku pernah belajar menjadi paderi di Vatiken Itali. Kononnya beliau pernah bertugas di Vatiken dan seterusnya bertugas di Gereja St. Mary, di Kota Kinabalu pada tahun 1988. (Gereja St. Mary sebenarnya di Sandakan)
    Perlu kami jelaskan di sini bahawa kami tidak pernah kenal seorang paderi yang bernama Thomas Laiden. Apalagi seorang paderi yang berketurunan Solok di negeri Sabah ini. Orang (rekaan) ini tidak pernah wujud dalam senarai mahupun perhidmatan dalam mana-mana Gereja Katolik di Sabah.
    Melalui artikel tersebut menjadi jelas pada kami bahawa Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden adalah seorang pembohong kerana segala tohmahannya mengenai doktrin Kristian Katolik yang terdapat dalam artikel tersebut semuanya tidak benar. Segala tohmahan tersebut lebih bersifat rekaan semata-mata yang boleh menimbulkan provokasi kepada orang lain sekaligus memberi gambaran yang salah kepada penganut Islam dan semua pembaca yang budiman tentang agama Katolik.
    Besar kemungkinan penulis artikel tersebut hanya ingin menyampaikan mesej kepada kaum muslimin supaya tidak murtad. Tetapi kalau ya pun, janganlah menggunakan isu-isu agama orang lain. Agama apapun berpendapat bahawa berhohong itu dosa. 
    Jika benarlah kewujudan peribadi yang bernama Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden ini, maka kami berharap agar pihak Majlis Agama Islam Melaka di bahagian unit kristianologi, menyelidiki latar belakangnya terutama surat lahir dan Mykad supaya jangan sampai mereka pun ditipu oleh seorang 'ustaz' murahan. Jika perlu, kami sentiasa bekerjasama demi semangat berdialog ke arah keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.
        Fr. Dr. Charles Chiew
        Keuskupan Keningau

    03 January 2013

    Belama - Hevance

    Kada ka nuan ingat ke janji tua
    Kada ka nuan nemu aku rindu
    Aku ti ditu semampai nganti nuan
    Sempama punggu rindu ke bulan
    Nadai ku nyangka nuan nyau pegi
    Tinggal meh ku kediri...

    Aku sulu sigi meruan
    Ingat ke nuan Belama
    Aku sulu chukup
    Enda betah sekumbang lama
    Tua enda betemu
    Enda sanggup aku sulu
    Tua betakah beribu batu...

    Kada ka nuan ingat ke janji tua
    Kada ka nuan nemu aku rindu
    Aku ti ditu semampai nganti nuan
    Sempama punggu rindu ke bulan
    Nadai ku nyangka nuan nyau pegi
    Tinggal meh ku kediri...

    Aku sulu sigi meruan
    Ingat ke nuan Belama
    Aku sulu chukup
    Enda betah sekumbang lama
    Tua enda betemu
    Enda sanggup aku sulu
    Tua betakah beribu batu...

    Aku sulu sigi meruan
    Ingat ke nuan Belama
    Aku sulu chukup
    Enda betah sekumbang lama
    Tua enda betemu
    Lelengau ke nuan sulu
    Aku enggai tua bejauh baru...

    Aku sulu sigi meruan
    Ingat ke nuan Belama
    Aku sulu chukup
    Enda betah sekumbang lama
    Tua enda betemu
    Enda sanggup aku sulu
    Tua betakah beribu batu...

    Aku sulu sigi meruan
    Ingat ke nuan Belama
    Aku sulu chukup
    Enda betah sekumbang lama
    Tua enda betemu
    Lelengau ke nuan sulu
    Aku enggai tua bejauh baru...

    Bajik - Hevance

    Tekenyit ati ku meda
    Sekumbang lama enda bepeda
    Nuan agi Bajik baka maia sekula suba
    Keran ati ka betanya
    Tang aku malu
    Enda ingat nama enggai ka nuan enda ngelala

    [chorus]

    Masa ngetu semua ngetu
    Lebuh nuan mansa ba depan aku
    Sendat seput deka luput
    Meda pemajik gama nuan
    Oh nuan baka Supermodel

    [Rap]

    Sekali agi aku deka mai
    Rentak Hevance enggau Seventh Tribe
    Dalam lagu Bajik
    Nang amai bajik sigi di peda aku
    Nuan baka Supermodel aku nombor satu
    Oh sulu nuan nemu I really really miss you
    How i wish my princess selalu enngau aku
    Betundi begulai ari ari with you
    Aku ngarap nuan ulih Say You Love Me Too

    9 Misteri Yang Belum Terungkai



    Selamat sejahtera, beberapa teori cuba dirungkaikan oleh pakar-pakar saintis dan arkeologi dunia mengenai penemuan seperti gambar-gambar di bawah, tetapi hasilnya sungguh mengelirukan. Mungkin diputar belit ataupun sengaja disimpan kemas dan terkunci? Antaranya.

    1. Penemuan Piring Batu Dropa Stones

    Dropa, menurut legenda, adalah satu bangsa yang kerdil seperti extraterrestrials yang kononnya mendiami gunung Baian-Kara-Ula China. Pada 1938 ekspedisi arkeologi yang diketuai oleh Dr Chi Pu Tei ke wilayah ini telah membawa kepada penemuan beberapa siri gua buatan diukir mengandungi Stones Dropa.
    Setiap batu, atau seperti cakera padat (CD)sebaliknya, dikatakan berusia sekitar 12,000 tahun, kira-kira 9 inci diameter, Dipotong kecil di tengah-tengah dan terukir dengan corak lingkaran hieroglif. ia menjadi aneh. Hieroglyphics nampaknya memberitahu kisah Dropa yang datang dari angkasa lepas dan mendarat nahas di pergunungan. Kononnya, pasukan Dr Chi Pu Tei juga menjumpai yang kemas baris beberapa makam dengan 4 kaki 4 rangka inci, yang besar klasik kepala asing dan semua, dikebumikan di dalamnya.
    Banyak perdebatan telah timbul asal objek yang kecil dicipta, bulat atau cakera yang berbentuk bulat ditemui berhampiran Ottosdal, Afrika Selatan. Penyelidik alternatif dan wartawan mendakwa ini adalah “ganjil, daripada tempat artifak yang ditemui ini”mustahil dengan daerah yang primitif, tetapi telah mencipta seperti kegunaan untuk peralatan eletronik,mungkin ianya dicipta oleh makhluk pintar, sama ada manusia, atau berasal dari makhluk asing.

     2. Klerksdorp Sfera

    Satu Sfera Klerksdorp beralur
    Geologi menangkis dakwaan bahawa ketulan sedikit aneh adalah hasil daripada proses semula jadi, yang datang daripada 3.0 bilion tahun dahulu tersimpanan lama.
    Walau apapun yang berkenaan, ini sfera beralur monumentally artifak menarik.

    3. The Plain Of Jars

    Terletak di Highlands Lao kawasan Xieng Khouang adalah di pusat tapak arkeologi yang luar biasa yang dikenali sebagai Plain balang. Bertaburan kedudukan di seluruh daerah ini dan balang batu bahawa saintis telah menganggarkan tarikh dari kira-kira 2000 tahun yang lalu.
    Berbentuk dalam pelbagai saiz dari agak kecil kepada yang besar dengan yang terbesar seberat sehingga 14 tan. Balang batu ini banyak yang dimusnah akibat peluru hasil sisa-sisa Perang Rahsia apabila Amerika Syarikat yang menjalankan salah satu kempen pengeboman pada tahun 1969 yang paling intensif di semua tempat sejarah.
    Ada yang percaya bahawa tempayan-tempayan ini ada untuk pengebumian abu manusia manakala yang lain percaya mereka telah direka untuk menyimpan air hujan dari musim tengkujuh. Ia terletak betul-betul di salah satu laluan perdagangan purba dari India Utara ketika itu.
    Mungkin juga faktor keagamaan kerana penggali telah menjumpai patung-patung Buddha,manik dan alat-alat gangsa. Apa yang sering fikirkan bahawa balang-balang ini akan memerlukan masa yang panjang untuk dibuat, mungkin pada skala yang sama seperti Stonehenge, dan itu pasti telah dilakukan atas sebab-sebab yang amat penting. Buat masa sekarang, kewujudan ini adalah hanya satu lagi misteri purba yang masih terjawab.

     4. Kesan Tapak kaki Di Batu

    Adakah ia kaki fosil dinosaur dan manusia di zaman batu?Ahli-ahli arkeologi dan palaeontologists serta lain amatur yang berminat telah menemui tapak kaki dinosaur dalam pelbagai jenis batu menpapan. Ini jejak dicipta apabila makhluk meninggalkan jejak dalam bahan lembut seperti lumpur, tanah liat atau pasir.
    Tiada apa-apa yang aneh atau tidak dapat diterangkan tentang proses ini. Walau bagaimanapun, terdapat banyak dilaporkan tentang tapak kaki manusia yang ditemui bersama-sama dengan dinosaur – atau dalam batu yang tarikh dari berjuta-juta tahun yang lalu.
    Sememangnya, ini telah mencipta kontroversi yang signifikan antara saintis, penciptaan dan pihak-pihak lain yang berminat. Kesan tapak kaki yang terkenal ini terletak berhampiran Glen Rose di Texas, Amerika Syarikat. Namun, terdapat laporan bahawa beberapa trek telah diubah suai untuk kelihatan lebih seperti tapak kaki manusia selepas penduduk tempatan menyedari nilai pelancongan yang berpotensi.

    5. Jalan Bimini

    Para penyelam telah terjumpa bentuk batuan seperti jalan berturap di bawah laut utara Pulau Bimini di Kepulauan Bahama. Ramai orang berpendapat jalan setapak itu adalah kejadian alam semulajadi. Namun penataan batu jalan itu menimbulkan pertanyaan lanjutan kerana ianya terlalu rapi dan tersusun. Beberapa ahli arkeolagi menyatakan ianya adalah sebagian dari Kota Atlantis (seperti yang ditulis oleh Plato beberapa abad silam). Tapi hingga hari ini belum ada terbukti tambahan mengenai kewujudan “kota yang hilang” itu. Dan Jalan Bimini masih menjadi pertanyaan dan tengelam di dasar laut bersama sejarahnya : apakah jalan itu dibuat alam atau manusia?


     6. Jimmy Hoffa
    Pemimpin Buruh yang dikenali sebagai orang Amerika yang paling berpengaruh dalam tahun 1950 tahun – 1960, Jimmy Hoffa adalah seorang tokoh yang telah mengubah wajah dunia buruh Amerika. Julai 30, 1975, Hoffa hilang di tempat letak kereta Detroit dan tidak pernah ditemui lagi. Salah satu teori dipercayai Hoffa dibunuh oleh Jack Anthony Giacalone, kumpulan yang diketuai New Jersey. Mayat Hoffa didakwa dikebumikan di bawah asas stadium Giants, Detroit. Apabila dilakukan penggalian di yayasan stadium, tinggalan Hoffa dijumpai.

    7. Jack the Ripper

    Terkenal sebagai pembunuh bersiri dan misteri pada tahun 1888, identiti Jack The Ripper hingga ke hari ini tidak pernah diketahui. Membunuh pelacur-pelacur jalanan dengan cara yang cukup kejam dan membelah tubuh mangsa dengan rapi sempurna, membuat polis berfikir Jack adalah seorang pakar bedah waktu itu. Walaupun mereka banyak buku-buku, filem, dan teori diterbitkan, identiti Jack yang Ripper masih lagi menjadi topik perbincangan dan misteri Jack The Ripper tetap terkubur bersama lipatan sejarah sehingga kini.

    8. Time Slips

    Masa mengikut saintis, ialah satu konsep yang lebih kompleks daripada kita manusia digunakan untuk mempercayai apa yang terlihat. Apa lagi telah wujud dengan nama-nama yang terkenal, seperti Albert Einstein, dengan keputusan yang menakjubkan dipanggil “tergelincir masa” sebenarnya, fenomena luar biasa yang menganggap gangguan waktu sedikit masa lalu. Ia dialami oleh orang-orang sekarang dan tanpa disedari oleh orang-orang dari masa lalu. Seseorang mengalami fenomena sedemikian tidak akanmempercayai bahawa apa yang dia lihat selama beberapa saat adalah benar. Bukti Visual slip masa sering muncul dalam gambar lama seperti tanggapan atas artis. Sebuah kereta spot diletakkan di tepi jalan dalam imej yang jelas sangat, mengambil banyak tahun sebelum kenderaan motor itu dikeluarkan.
    Kewujudan kereta moden di tengah-tengah zaman ‘cowboy’ ianya nampak seperti filem Back to The Futureseperti bayang-bayang sepintas lalu dan tiada orang yang terpegun atau terkejut. Apakah mereka sering melihat kereta ini? mungkin ya pada ketika itu….?
    Teringat saya mengenai filem The League of Extraordinary Gentlemen, lakonan Sean Connery, kisah awal sekitar tahun 1900, sekumpulan ‘hero’ ini telah memiliki kelengkapan kapal, kereta dan senjata moden yang belum digunakan sesiapa lagi pada masa itu. Kadang-kadang filem Hollywood seperti menunjukkan sedikit ‘clue’ yang tersembunyi kebenaran walaupun banyak pembohongan/putar belit.
    Seperti juga filem National Treasure lakonan Nicolas Gage,terang-terang menceritakan asal usul Freemason.

    9. Time Traveller ( Misteri Wanita Bercakap Menggunakan Telepon Bimbit Dalam Filem Charlie Chaplin)


    Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya.
    Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.
    Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.
    Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.
    Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.
    Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.
    Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.
    Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.
    “Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit,” kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.
    Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika.


    LIMA NEGARA PALING BERBAHAYA UNTUK WANITA



    1. Afghanistan

    Sahar Gul, gadis diseksa suami. Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

    Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.

    Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

    “Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan lidahnya dikerat dengan playar,” kata jurucakap polis Baghlan.

    Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.

    Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.

    Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

    2. Pakistan

    Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban. Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

    Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

    Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.

    Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

    Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.

    Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

    3. India

    Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki. Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

    Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.

    Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.
    Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.

    Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.
    Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.

    Tahukah anda?
    Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

    Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

    Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.

    Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

    Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.



    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...