11 January 2011

Fakta Tentang Komet


Saya telah membeli majalah Mastika pada edisi bulan Januari 2011. Sedang membaca majalah tersebut, saya tertarik dengan sebuah fakta yang berkaitan dengan komet. Berikut merupakan fakta2 yang saya temui di internet mengenai komet.

Tahukah anda, sebuah komet yang melintasi atmosfera bumi biasanya ekor komet itu menghala ke arah matahari. Ekor komet ini terhasil apabila gas-gas pada permukaannya terpeluwap, akibat suhu yang meningkat apabila ia semakin hampir dengan matahari dan seterusnya membentuk suatu lapisan gas seolah-olah selapis atmosfera, yang dipanggil koma. Kemudian, hasil daripada angin suria yang datang daripada matahari, gas-gas ini akan ditiup ke belakang dari kepala komet tersebut membentuk ekor.Tenaga matahari menolak ekor komet tersebut . Nuklues atau kepala komet ini merupakan ketulan batu, debu dan ais sebesar 50 km sahaja, namun saiz komanya boleh mencapai saiz sebesar matahari, dan panjang ekor sesebuah komet boleh mencapai sepanjang 1 A.U. (iaitu jarak matahari-bumi). 

Komet menpunyai orbit besar yang terletak jauh dari angkasa lepas dan semakin mendekati matahari semasa dalam perjalanan tersebut. Komet paling terkenal adalah Komet Halley iaitu sempena nama Edmund Halley. Ia kelihatan hanya di waktu malam setiap 76 tahun iaitu kali terakhir dilihat pada 1986 dan dijangka muncul semula pada 2062!
Itu baru komet!!!





*sumber: 

Siri Asas Sains Fizik: Sistem Suria dan Alam Semesta

 By Gerard Cheshire

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...