12 January 2011

Tokek/ Gikgo/ Cicak Kokgo Semakin Popular



"TOKEK adalah sejenis reptil kecil untuk penyebutan lain dari “Cecak” yang berukuran besar. Tokek, merupakan cecak besar, berkepala besar, berkulit kasar dengan bentuk bintil besar-besar. Pada umumnya berwarna dasar abu-abu kebiruan atau abu-abu kehijauan dan ada yang agak kecoklat-coklatan dengan bintik-bintik berwarna merah bata atau bintik-bintik kekuning-kuningan. Bentuk pangkal ekor ada yang membulat dan ada yang berbentuk persegi, kebagian ujung akan bulat memanjang. Bagian ekor berwarna belang-belang dengan beberapa baris bintil-bintil berwarna sesuai warna bagian tubuh lainnya. Tokek juga ada yang berwarna putih susu atau kuning polos (albino), bahkan ada yang berwarna dasar hitam polos atau belang hitam putih."

Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek. Rasanya Tokek ni dah lagi popular dari Cicak-man.ahahaha~~~
Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang beribu harga seekor (bergantung kepada berat). Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.
Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia. Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah. Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.
Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan. Sebuah fakta baru dalam dunia pengubatan ilmiah/bukan magic bahawa ternyata kokgo mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian hempedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. Zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat mencegah pertumbuhan kanser/metastasis sel kanser, melawan HIV dan H1N1 viral.
30GM-249GM   = RM5K
250GM-279GM = RM15K
280GM-299GM = RM30K
300GM-499GM = RM130K-RM300K
500GM-999GM = RM1-RM5 JUTA
1 KG KE ATAS  = RM6-RM50 JUTA

Naik juling mata aku tengok harga ne~~~ kang xpasal ada plak yang berbunuhan sesama sendiri semata-mata nak rebut Tokek ne kerana nak cepat kaya. Ne boleh mengalahkan skim cepat kaya...huhuhu.

p/s: Ayah aku pun pernah try gak cari Tokek ne kat rumah-rumah panjang. tapi payah nak jumpa~~kalo jumpa kaya la kot!! duit pinjaman PTPTN aku terus langsaikan  =P

3 comments:

  1. kat bidong ada tokek..bnyak dengar die berbunyi

    ReplyDelete
  2. tu la..jum kita serbu bidong...lautan yg luas pun aku sanggup renangi...ahahah

    ReplyDelete
  3. saya ada empat ekor...la..berat ada dekat 2 kg..sapa mau beli boleh call :0198455730

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...