11 January 2011

Kucing Boleh Bercakap???



Pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu.
Pada kali ni, muncul pula seekor kucing yang boleh berbicara/ mengungkap perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar tempatan Indonesia semalam. Kucing tersebut yang diberi nama Keting telah diajar oleh pemilik kucing tersebut sendiri iaitu Claudia yang berasal dari Jawa Timur yang turut dibantu oleh ahli keluarga nya yang lain. Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.
Hurm....mungkin ini lah relevan nya pepatah melayu, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Jika Claudia boleh mengajar peliharaannya bercakap, kita pun boleh. Bayangkan bagaimana sekiranya kita boleh bertukar pendapat dan bercakap dengan haiwan-haiwan. Mungkin ada yang berbicara " Janganlah menyembelih kami lagi, tolong kasihani kami".
Tapi semua ini hanya akan terjadi dengan izin Tuhan. Tuhan telah mencipta semua hidupan di dunia dengan sikap atau mempunyai keistimewaan tersendiri. Praise to God for everything~~~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...